EMAS oh EMAS

EMAS oh EMAS Perkongsian ilmu simpanan emas untuk semua.

03/01/2023

Nasihat Pakar Kewangan

KEMANA SIMPANAN KITA?

1. Kita banyak habiskan simpanan untuk kahwin, sekali majlis RM20k-RM30k itu biasa.

2.Tak cukup itu, kita buat pinjaman lagi baru majlis kahwin berseri seri.

3. Kita s**a bergaya dengan kereta, beli kereta diluar kemampuan kita. Kita malu bawa kereta local yang harga RM30k sahaja.

4. Bila naik pangkat sikit keutamaan kita tukar kereta bukan beli harta. Kita s**a bau plastik kereta baru rupanya.

5. Kita juga s**a habiskan duit dengan jalan jalan, pantang ada cuti semua jalan sesak memanjang. Paling kurang RM1000 akan habis atas jalan.

6. Kita juga s**akan perayaan, kita akan sambut dengan sakan.
Setiap keluarga habiskan RM2000-RM5000 sepanjang perayaan itu biasa.

"Setahun sekali, apa salahnya" itu alasan kita.

Kawan saya cerita, paling sebuk bila nak raya ramai yang buat pinjaman di Bank tempatnya kerja.

7. Kita banyak habiskan duit diatas talian dan semua jualan. Dari AEON sale, Air Asia, SOGO, IKEA, Lazada dan banyak sale sepanjang zaman.

Pantang murah kita beli walaupun tak pernah guna.

Kita kurang kisah tentang SIMPANAN, apatah lagi PELABURAN.

8. Ada hartanah saya yang beri p**angan antara 16.5% hingga 32% setahun lebih baik dari ASB.

9. Biarkan duit dalam ASB itu jika itu yang kita mampu, jangan gelabah dan keluarkan nak simpan dimana?

10. Jangan semua benda kita nak panik, lepas isu Tabung Haji, duit hilang CIMB, sekarang nak keluar dari ASB.

Jangan kita mudah bermimpi duit boleh dicipta dalam sehari, kerana skim cepat kaya sedang menanti dengan janji bawa kesyurga hari ini.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

01/01/2023

KESILAPAN PELABURAN EMAS

Antara kesilapan terbesar pelabur emas yang pernah saya jumpa adalah:

Melabur macam berjudi.

Apa tu?

Maksudnya orang tu beli emas sekali, lepas tu dia berdoa agar harga emas terus naik dan naik dan naik..

Jika harga emas naik tinggi... maka dia sangat gembira.

Kemudian dia akan jual semua emas tersebut dan dapat banyak untung.

Malangnya lepas tu dia dah tak berani beli emas semula, sebab dia terbayangkan harga yang rendah masa dia mula-mula beli dahulu. Dia rasakan harga emas dah mahal.

Jadi akhirnya dia cuma beli sekali, lepas tu jual. Untung besar. Lepas tu takut nak beli balik.

Satu round ajer dia beli.

Namun kalau harga emas menurun.. maka dia akan mencarut.

Dia langsung tak buat belian tambahan bagi mengurangkan kos per gram.

Kalau dia terpaksa jual pada harga rendah... maka dia rasa emas nie pelaburan merugikan.

Gais, ini adalah strategi melabur macam berjudi.

Ia sangat tak bagus sebab:

Kalau harga emas naik, dia jual dan dapat untung. Tapi dia takut nak beli balik sebab teringat-ingat harga emas murah dulu. Jadi dia beli sekali jual sekali. lepas tu sekian terima kasih.

Kalau harga emas turun, dia tengok ajer.. tak buat apa-apa. Kalau dia terpaksa jual maka dia akan rasa rugi dan menyalahkan emas. Beli sekali dan jual sekali ajer.

Jadi bagaimana menyelesaikan masalah ini?

1. Kalau harga emas naik. Jual nilai untung ajer.
Tak perlu jual semua. Contoh, kalau beli emas RM20,000 dan dah untung RM4000, maka cari jalan untuk jual emas RM4,000 ajer.

Tak perlu jual RM24,000 (semua sekali).

Sebab tu kena pandai pilih produk juga contohnya beli dinar atau gold bar kecil seperti 10g ke, 20g ke..

2. Kalau harga emas jatuh, anda beli secara berkala untuk dapat kos pemurataan yang lebih rendah. (strategi pemurataan harga)

Kedua-dua strategi ini akan membolehkan anda 'stay in the game of gold investment'

Elakkan strategi melabur macam berjudi.

p/s: Ini adalah kisah benar ye. Saya dah jumpa ramai orang invest emas seperti ini.

A big NO for me.

TEKNIK PEMURATAAN EMAS : Strategi Bijak Penyimpan EmasTahun 2022 menyaksikan paras tertinggi harga emas RM301 pada 9 Mac...
06/10/2022

TEKNIK PEMURATAAN EMAS : Strategi Bijak Penyimpan Emas

Tahun 2022 menyaksikan paras tertinggi harga emas RM301 pada 9 Mac 2022. Harga ini sangat hampir sejarah paras tertinggi emas (all time high) iaitu RM304 pada 7 Ogos 2020.

Kenaikan harga emas pada Mac 2022 adalah disebabkan faktor krisis geopolitik antara Russia dan Ukraine.

Setelah itu, harga emas dalam trend menurun selama lebih 6 bulan dengan harga terendah RM260 pada 16 Sept 2022.

Ada yang mengatakan penyimpan emas 2021 dah rugi sebab harga pada awal tahun 2021 hampir sama dengan harga sekarang.

Situasi harga turun naik dalam jangka masa pendek ini selalunya menggusarkan hati ramai penyimpan emas baharu.
Ada yang risau rugi bila harga jatuh menjunam.
Ada yang bimbang ketinggalan bila harga naik meroket.

Ramai yang menunggu harga rendah yang โ€œterbaikโ€ untuk membeli.
Ada juga yang mengejar untuk membeli bila harga telah meningkat naik.
Ramai yang teragak-agak untuk membeli emas secara konsisten.

Sebagai PENYIMPAN EMAS yang bijak, strategi utama untuk berjaya adalah simpan emas secara KONSISTEN.

Untuk meyakinkan diri strategi ini bagus, kita perlu faham KONSEP PEMURATAAN HARGA

Saya tunjukkan simulasi (lihat poster)
Andaikan anda menyimpan 1 gram 1 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 1 Oktober 2022 (selama 22 bulan)

Anda telah mengumpul ๐Ÿ๐Ÿ ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ
Jumlah wang yang dibekukan = ๐‘๐Œ๐Ÿ“,๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ“

Dengan konsep pemurataan harga, purata emas dalam simpanan anda adalah:
RM5,885 รท 22 gram = ๐‘๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ•.๐Ÿ“๐ŸŽ/๐ ๐ซ๐š๐ฆ

Jadi, jangan bimbang..
Usahlah gundah gulana dengan turun naik harga emas.
Yang penting hari ini anda telah ada ๐Ÿ๐Ÿ ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ
Dan yang lebih penting, anda telah bekukan ๐‘๐Œ๐Ÿ“,๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ“!!
Bonus: harga emas hari ini 6 Oktober 2022 adalah RM275/g, melebihi harga purata tersebut.

Mudah kan.
Hanya fokus tambah gram secara konsisten
Aplikasikan teknik pemurataan harga.
Pasti akan berjaya sebagai PENYIMPAN EMAS bijak.

Kredit : Kak Seha





Emas Sebagai Dana Kecemasan Dana kecemasan adalah wang simpanan yang akan hanya digunakan bila dalam keadaan darurat. Na...
23/08/2022

Emas Sebagai Dana Kecemasan

Dana kecemasan adalah wang simpanan yang akan hanya digunakan bila dalam keadaan darurat. Nama pun darurat, pasti ianya situasi yang mendesak.

,
1. Hilang perkerjaan.
2. Bayaran bil hospital akibat kemalangan atau kecemasan tidak dijangka.
3. Penyelenggaraan kereta diluar jangkaan
4. Pembaikan rumah
5. Dan sebagainya.

Kajian di Malaysia menunjukkan bahawa,
52% rakyat Malaysia s**ar sediakan jumlah wang RM1000 untuk kecemasan.

Untuk sediakan dana kecemasan, ianya bukan perkara mudah.

Hari ini simpan RM100, esok ambil semula RM100.
Esok simpan RM200, lusa ambil semula RM200.
Akhirnya dalam bank Zero. Tiada simpanan.

Bukan tak cuba, tapi gagal.
Bukan tak cuba, tapi kecundang.
Bukan tak cuba, tapi banyak halangan.

Kenapa?
Bocor!

Bocor di awal niat.
Bocor di tengah jalan.
Bocor di akhir simpanan.

Jadi cara terbaik ialah tukar kaedah simpanan.

Jika dulu simpan di Tabung Haji, kini tukar kepada emas.
Jika dulu simpan di ASB, kini tukar kepada emas.
Jika dulu simpan di bank, kini tukar kepada emas.

Bukan tak boleh menyimpan di sana, tapi kita nak selesaikan masalah utama iaitu โ€˜Bocorโ€™.

Saya juga ada masalah begitu. Tapi itu dulu. Sekarang saya menyimpan emas.

Bila simpan emas, duit beku.
Bila simpan emas, duit kekal.
Bila simpan emas, duit bertahan.

Hati rasa lebih tenang.
Hati rasa lebih gembira.
Hati rasa lebih semangat.

Di Public Gold sangat mudah untuk menyimpan. Boleh cuba simpan dalam akaun simpanan emas gold accumulation program (GAP) yang patuh syariah,minimum RM100 sahaja.

Tetapi bila mula simpan emas, bukan RM100 kita alihkan tapi beratus-ratus. Simpan emas Ketagih!

Moga perkongsian ini memberi manfaat.

Dapat sesuatu?

Terlalu banyak kelebihan menyimpan emas. Jika disenaraikan satu persatu pasti ianya panjang. Saya ringkaskan,โœ…Simpanan e...
04/08/2022

Terlalu banyak kelebihan menyimpan emas. Jika disenaraikan satu persatu pasti ianya panjang. Saya ringkaskan,

โœ…Simpanan emas kalis inflasi
โœ…Simpanan emas boleh kekalkan kekayaan
โœ…Simpanan emas boleh menggandakan simpanan
โœ…Simpanan emas boleh mengelakkan kebocoran Wang

Apabila kita menyimpan emas sebenarnya ia adalah salah satu usaha kita untuk ke arah kekayaan kerana emas bersifat magnet yang menarik segala aura kekayaan.

Simpanan emas ini juga dikatakan sebagai โ€˜forgotten savingโ€™ yang mana simpanan yang dilupakan dan secara tidak langsung akan menggandakan simpanan kita untuk masa depan. Aura emas, lagi disimpan lagi terasa nak kumpul.

Selain dari itu simpanan emas ini juga dapat mengelakkan kebocoran wang kerana kebiasannya penyimpan emas hanya akan menjual emas atau memajak emas apabila dalam keadaan yang sangat diperlukan sahaja. Jadi apabila berlakunya kecemasan sebegini, penyimpan emas dapat mengelakkan daripada situasi meminta-minta.

Jadi, jom mulakan simpanan emas.
Elakkan bertangguh!
Elakkan menunggu!

Pastikan emas dijadikan sebagai simpanan kerana emas akan meningkatkan kekayaan anda.

Apakah kelebihan Public Gold?Jawapan: Public Gold sangat fokus kepada pemilikan emas fizikal.Anda boleh beli terus emas ...
28/07/2022

Apakah kelebihan Public Gold?

Jawapan: Public Gold sangat fokus kepada pemilikan emas fizikal.

Anda boleh beli terus emas fizikal, anda boleh buat pembelian syariah epp10x dan 6x dan juga akaun simpanan emas yang boleh keluarkan emas fizikal.

Terdapat banyak pemilihan emas fizikal untuk anda, samada gold bar, dinar emas dan juga gram bar (gold bar kecil).

Sila baca poster dengan senyuman ๐Ÿ˜

EMAS vs INFLASIPerasan tak, kita selalu dengar dan baca bahawa,โ€˜Emas dikatakan aset kalis inflasiโ€™Apa itu inflasi?Inflas...
23/07/2022

EMAS vs INFLASI

Perasan tak, kita selalu dengar dan baca bahawa,

โ€˜Emas dikatakan aset kalis inflasiโ€™

Apa itu inflasi?

Inflasi bermaksud peningkatan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dari semasa ke semasa, sementara kuasa mata wang semakin menurun.

Inflasi bermaksud kuasa beli duit kita makin susut. Jika inflasi 5% setahun, maksudnya kuasa beli duit kita susut 5% berbanding tahun sebelumnya.

Jika kita ada simpanan di medium pelaburan yang menawarkan dividen 5%, maksudnya โ€˜nomborโ€™ dalam akaun bertambah tetapi hakikatnya kekayaan kita tidak bertambah.

Jika kenaikan gaji kita tak sampai 5% dalam setahun, maksudnya kita lebih โ€˜miskinโ€™ dari tahun sebelumnya walaupun โ€˜nomborโ€™ dalam gaji kita bertambah.
Inilah yang dikatakan inflasi.

Antara langkah terbaik untuk mengurangkan inflasi ini adalah dengan menukarkan โ€˜duitโ€™ simpanan kita kepada aset yang lebih selamat seperti tanah, rumah dan emas.

Ketiga-tiga aset ini mampu menyelamatkan duit kita daripada terus dimamah inflasi.

Orang yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk membeli tanah ataupun rumah, tapi rakyat marhein agak s**ar untuk memiliki kedua-dua aset ini kecuali emas.

Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dimiliki oleh semua lapisan rakyat baik kaya mahupun sederhana.

Buktinya,
Kita boleh beli dan simpan emas serendah RM100 di Public Gold melalui simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)

Emas adalah anugerah tuhan yang paling bernilai kerana ianya terhad di muka bumi.

Tidak boleh dimanip**asi nilai
Tidak boleh diganti nilai.
Itulah emas.

Malah dalam tempoh jangka masa yang panjang, harga emas meningkat, meningkat dan terus meningkat.

Sekiranya anda telah mulakan simpanan emas, teruskan simpan secara konsisten.

Sekiranya masih belum bermula, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan buat bersungguh-sungguh sehingga capai gram yang kita target.

Dapat sesuatu?
Ayuh! Kita mulakan ye.

Nasi lemak Makcik Kantin! Bila makan nasi lemak ni, teringat kisah dulu-dulu waktu bersekolah rendah tahun 80-an.  Rindu...
21/07/2022

Nasi lemak Makcik Kantin!

Bila makan nasi lemak ni, teringat kisah dulu-dulu waktu bersekolah rendah tahun 80-an.

Rindu p**ak memori lama, terutama bab makan kat kantin sekolah.
Dulu, emak hanya bekalkan duit belanja 30 sen sehari.

Kalau bernasib baik dapat 40 sen. Itupun jarang-jarang berlaku, boleh dikira dengan jari.

Nak dapat 50 sen jauh sekali. Apapun syukur sangat dapat duit belanja sebanyak tu.
Teringat kisah dulu, bila dengar sahaja bunyi loceng rehat, murid-murid bergegas keluar kelas kelas.

Berpusu-pusu lari ke kantin. Kalau lambat, makanan habis.

Sambil bersesak-sesak beratur, dah terbayang nasi lemak bilis Makcik Kantin yang sedap. Dihidangkan p**a dalam pinggan kuning saiz sederhana, di atasnya dituangkan sambal merah menyala. Dihiaskan dengan sehiris timun, beberapa biji kacang tanah dan sedikit potongan telur dadar.

Boleh meleleh air liur tau. Masya Allah, tak tipu. Waktu tu, inilah nasi lemak yang paling sedap kat dunia.

Harganya waktu tu baru 20 sen. Baki lagi 10sen untuk keropok Makcik kantin yang terlajak rangup.

Ambil keropok tu, cecah terus dengan sos cili yang pedas-pedas manis. Sedap!

Alhamdulillah, Bekalan 30 sen hari tu cukup untuk mengenyangkan perut sehingga tengahari.

Air? Tak perlu beli. Bawa bekal dari rumah. Jimat!
Tapi semuaya jadi kenangan terindah. Makcik kantin pun dah tiada. Nasi lemak harga 20 sen pun dah tak wujud lagi.

Kalau cerita pada anak-anakpun, mereka pun macam tak percaya dan tak sangka ada nasi lemak yang harganya hanya 20 sen sahaja.

Sekarang ni nasi lemak paling murah pun harganya RM1.20 je.

Itupun nasi lemak kosong dan (sambal bilis yang hampir tak nampak bilisnya) semata-mata, tiada โ€˜aksesoriโ€™ yang lain. Kalau nak tambah timun, kacang tanah dan telur mungkin harganya dah mencecah RM2.00, malah ada yang lebih mahal lagi. Kannn.

Kalau ditanya, apa yang boleh dibeli dengan 30 sen yang sama seperti dulu, jawapannya tiada lagi.

Harga sebiji karipap pun 50 sen. Sebagaimana masa terus berlalu, begitu juga dengan harga barangan. Semakin lama, harga barang dan harga makanan semakin naik.

Maka nak tak nak, belanja anak ke sekolah pun terpaksa dinaikkan.

RM3-RM5 sehari adalah perbelanjaan yang normal bagi kebanyakan murid-murid. Cukup untuk mereka beli sepinggan nasi lemak dan juga segelas air.

Cerita di atas adalah salah satu contoh inflasi yang berlaku yang kita sedar.

Inflasi bermaksud kenaikan harga dalam satu tempoh masa.

Inflasi menyebabkan nilai wang mengecil dari tahun ke tahun dan oleh kerana nilai wang secara relatifnya semakin mengecil, ia perlu dilindungi.

Ya benar, nilai wang mengecil dan terus mengecil.

Walaupun Nombor sama tetapi nilai tidak setara.

Nombor RM100 tertera di wang kertas tetapi nilai belanja sebentar kurang daripada itu.

Jadi bagaimana cara terbaik melindungi nilai wang daripada dimakan inflasi dan terus mengecil?

Salah satu caranya dengan menukarkan sebahagian simpanan yang lebih selamat dan menguntungkan seperti emas.

Ya emas kalis Inflasi. Buktinya ketikama nilai wang makin mengecil, emas sedang meningkat naik dan sentiasa bertahan.

Dapat sesuatu?

Sekiranya kalian telah mulakan simpanan emas, teruskan konsisten menyimpan emas.

Sekiranya belum, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan buat bersungguh-sungguh๐Ÿ’ช

Ayuh! Kita mulakan dengan senyuman.

TARGET GRAMPenyimpan emas yang celik, mereka tiada masa untuk fikirkan tentang naik dan turun harga emas kerana bagi mer...
20/07/2022

TARGET GRAM

Penyimpan emas yang celik, mereka tiada masa untuk fikirkan tentang naik dan turun harga emas kerana bagi mereka fikirkan tentang pertambahan gram emas itu jauh lebih baik.

Fokus untuk capai target gram.
Fokus untuk capai target gram.
Fokus untuk capai target gram.

Target 10gram emas dan fokus sehingga capai.

Bila dah capai, letak p**a target 20gram emas dan capai.

Selepas dah capai, target juga 50gram emas dan masukkan dalam senarai untuk capai.

Lama kelamaan simpanan akan bertambah.

Harga emas naik pedulikan.
Harga emas turun abaikan.

Yang penting target gram capai!

Tanpa target ibarat memandu tanpa arah tuju.

Apabila ada target ibarat memandu dengan penuh perancangan dan sudah tahu hala tuju.

Nampak simple perkara ini tetapi kita akan mudah capai sesuatu jika kita ada ilmu.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ๐Ÿ˜Š

Selamat Hari RayaMaaf Zahir Batin ๐Ÿฅฐ
03/05/2022

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin ๐Ÿฅฐ

KEKAYAAN WAKTU SENANG, MEMBANTU DI WAKTU GAWAT.Krisis di Sri Lanka. Perit hidup bila berlaku situasi begini. Segalanya m...
19/04/2022

KEKAYAAN WAKTU SENANG, MEMBANTU DI WAKTU GAWAT.

Krisis di Sri Lanka. Perit hidup bila berlaku situasi begini. Segalanya menjadi s**ar. Sudahlah muflis, bahan api naik harga melambung & terpaksa dicatu.

Ini satu contoh kenapa duit kertas mesti ditukar kepada aset fizikal sebagai simpanan jangka panjang.

Aset fizikal paling mudah diperolehi ialah logam berharga seperti emas dan perak.

Menabunglah dalam bentuk emas. Himpun sikit-sikit, santai-santai supaya bila perlu tak menggagau mencari, sudah ada dalam tangan.

Ya, emas tidak akan menjadi kosong nilainya, boleh digunakan untuk baiki taraf hidup atau sekurang-kurangnya tidak susah ketika gawat.

19/04/2022

Address

Taiping

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EMAS oh EMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share