Sis Gunting Rambut

Sis Gunting Rambut Buat masa ini saya menawarkan perkhidmatan Salon bergerak dari rumah ke rumah.

14/03/2024

Salam ramadhan buat semua, semoga kita dapat menjalanj ibadah berpuasa dengan baik dan amalan kita diterima InshaAllah.

Fikir nak buat gaya rambut?
Masalah rambut?

Dah pilih baju raya, rambut pun kena sama cantik sama padan.

Sis nak kongsi, yang mana pergi saloon buat rambut elok tu......

nanti masa sibuk nak menyiapkan juadah untuk hari raya, sis pakai penutup kepala tau masa nak memasak rendang dan lauk2 raya tu. Sebab apa rambut dah cantik, dah elok, pastu bau aroma masakkan tu melekat kt rambut 🫢.

I have reached 100 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉
14/03/2024

I have reached 100 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉

nak gunting rambut boleh tex sis 🫶🏻
29/06/2023

nak gunting rambut boleh tex sis 🫶🏻

24/06/2023

Selamat menyambut hari raya haji buat semua kawan-kawan kita. Menjalani ibadah korban dengan baik dan diterima amalan Insha Allah.

Sedikit perkongsian, pada yang sedang mengalami rambut gugur yang banyak. Selepas mandi, jangan terus sikat rambut, keringkan rambut secara santai. Boleh buat pada hari cuti. Hari kerja memang tak santai dah la 🤣. selepas rambut dah kering, sapukan serum / tonik / minyak yang bersesuaian dengan rambut nkorang 😍. Kurangkan sikat @ ikat tambut sebab ianya akan menambah lagi keguguran rambut tu. Itu sahaja perkongsian untuk kalini 🧕🏼

11/02/2023

hai nkorang, dah tahu ke gaya rambut yang terkini? Penting sangat ke nak ikut gaya terkini. Terpulanglah pada masing2 nak pilih gaya baru ke gaya lama ke kan. Sis nak kongsi, jika rambut kita jenis nipis. Klu boleh elakkan pilih gaya rambut “layer”. Bukan salah. Cuma ianya tak berapa sesuai sebab struktur rambut tu dah nipis. Selamat berhujung minggu 😊.

18/10/2022

Dah cuci rambut ke tu? Cuci dengan syampo mesti rasa segar dan harum je bau kan. Seharian bekerja, tak kesahla kerja kat mana pun tentu letih kepala pun perlu rest. Barulah dapat kualiti tido yg baik.

Yang ada masalah kelemumur tu, dah cuba macam-macam syampo, tapi masih juga tak hilang. Sis nak pesan, cuba awk pergi salon, cuci rambut. Sesekali cuci kat salon bagus juga, ada yang tolong bersihkan kulit kepala kita, urut sambil cuci kulit kepala kita pun terapi tau. Ha apa lagi jom la manjakan diri. Kulit kepala kembali sihat. Salon sis kat mana? Sis belum buka salon lagi. Setakatni buat gunting rambut bergerak jer dulu. Mana tahu tiba-tiba esok ada rezeki buka salon sis sendiri. 😉

03/10/2022

Hai, kalini sis nak bagi tips sikit…klu kita tiada idea nak gunting rambut gaya macam mana? teringin yang begini…begitu….tengok contoh dalam gambar cantik. Tapi bila kita pilih gaya tu mengapa macam tak kena…tak konfiden?

biasanya pendandan rambut akan gunting ikut pada kehendak pelanggan. Tapi ada juga pelanggan yang cakap, sy takda idea, sy ikut je nk gaya yang macam mana.

Ada yang s**a mungkin ada yg kecewa dengan hasilnya. Mengapa? Sebab jenis rambut kita tu sesuai tak dengan gaya kita nak tu? tebal ke nipis ke… jadi jangan terburu-buru nak buat pilihan gaya rambut. Supaya hasilnya tidak mengecewakan kita sebagai pelanggan dan pendandan rambut pun berjaya beri perkhidmatan yg baik.😍

Duduk rumh pun nak cantik2 tuk keluarga tercinta, betul ke betul 😉.

09/08/2022

Hai semua, sesiapa yang nak gunting rambut di rumah sendiri, kawasan simpang renggam dan sekitar boleh pm sis yer. dewasa dan kanak-kanak. 😍

05/07/2022

Assalamualaikum semoga nkorang sihat hendaknya. Jaga kesihatan yer. Badan lesu/ demam / batuk / selesema, semoga diberi kesembuhan.

Rambut wangi? Macam mana tu? Sembur minyak wangi ke? 🤭

Rambut wangi, segar, guna conditioner. Nak cuba faith fleur pm sis 😉🧕🏼

Address

Simpang Renggam

Opening Hours

00:00 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sis Gunting Rambut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Sis Gunting Rambut:

Share