Int3tree Global

Int3tree Global segalanya Terbaik Buat Anda dan Keluarga Tercinta�

Teruk Na juak rambutku paduhal. Swdih nangga. Makin berusia, makin rosak dan kering rambut.  Nasib baik terdetik pergi G...
23/08/2024

Teruk Na juak rambutku paduhal. Swdih nangga. Makin berusia, makin rosak dan kering rambut. Nasib baik terdetik pergi Genesis Saloon tek. Lalu ada volume rambutku...hehehe

11/12/2023

Wanita tua ini bernama Sidhutai Sapkal, berasal dari Wardha, India. Kini usianya sudah menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of Orphans".

Dibenci ibu sendiri, pernah dipukul ketika sedang hamil, dibuang suami sehingga terpaksa berjuang hidup mati melahirkan anak di kandang lembu.

Sidhutai Sapkal dikahwinkan ketika berusia 11 tahun. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.

Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah oleh suaminya dengan teruk sekali.

Dia telah ditumbuk dan ditendang. Perutnya yang sarat mengandung itu juga ditendang oleh suaminya. Gila betul.

Kemudian dia diseret dengan rambutnya ditarik lalu dicampak keluar sebelum dihalau dari rumah.

Sidhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya, tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan.

Dalam keadaan sarat mengandung, berjalanlah Sidhutai Sapkal perlahan menuju ke kandang lembu. Di duduk menangis kesakitan.

Pada malam itu sekali lagi Sidhutai Sapkal diuji. Bayangkan, dalam keadaan najis lembu dimerata-rata, bau busuk yang menusuk hidung, Sidhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anak ketiganya.

Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis kelaparan, dia meraba-raba dalam kegelapan mencari sesuatu untuk memotong tali pusat anaknya.

Dia mencapai batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan lapar.

Keesokan harinya, Sidhutai Sapkal bersama anak berjalan p**ang ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah menghalaunya kembali.

Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain dibenak fikirannya ketika itu, hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan itu dengan membunuh diri.

Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan. Sehingga dia berhenti di tempat pembakaran mayat.

Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar.

Habis upacara itu, dia melihat ada tepung yang ditinggalkan, dia ambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di atas tempat pembakaran mayat tersebut.

Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan anaknya dapat minum sehingga ketiduran.

Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu membesar menjadi orang yang luar biasa.

Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia meminta sedekah di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh seorang ibu yang bersamanya 3 orang anak.

Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup gelandangan tanpa keluarga.

Dia ambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia jaga anak-anak itu walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang tidak mencukupi.

Semakin hari semakin ramai anak-anak jalanan dibantu oleh Sidhutai Sapkal. Dia memberi kesenangan kepada anak-anak itu walaupun hidupnya serba kekurangan.

Dari 5 orang anak yatim, kini Sidhutai Sapkal sudah memelihara lebih 1000 orang anak yatim.

Suaminya ketika berusia 80 tahun telah kembali memohon maaf dan memohon simpati serta belas ehsan dari Sidhutai Sapkal.

Dia telah memaafkan bekas suaminya itu dan menerimanya sebagai anak yatim jagaannya.

Sidhutai Sapkal telah menerima lebih 700 award. Ketika ditanya oleh wartawan " Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk mereka?"

Jawapan Sidhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "aku hidup selepas aku makan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang mati. Kini aku hidup untuk orang lain."

Bagaimana p**a keadaan ketiga-tiga anak kandungnya. Pasti anda tertanya-tanya kan.

Ketiga-tiga anaknya itu mempunyai PHD dan mempunyai jawatan yang besar. Anaknya berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang difikirkannya dahulu.

Walaupun anak-anaknya sudah kaya dan berjaya, Sidhutai Sapkal tetap meneruska

n kehidupannya sama seperti dahulu bersama anak-anak jalanan.

Anak-anak jalanan dibawah jagaannya juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang berjaya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya.

Sidhutai Sapkal telah menghidupkan jiwa anak-anak jalanan yang dulunya dipandang hina oleh masyarakat, kini telah dipandang mulia.

Jika Lata Kare dalam kisah sebelum ini hidupnya untuk suami, Sidhutai Sapkal p**a, hidupnya untuk anak-anak jalanan yang langsung tiada hubungan kekeluargaan dengannya.

Atas dasar kemanusiaan, Sidhutai Sapkal menyerahkan seluruh hidupnya untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi manusia yang berguna.

Hari ini dia dipanggil Dr. Sithudai Sapkal.

Itulah Grand Why Sidhutai Sapkal. Kita p**a hidup untuk apa? Apakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata.

Apakah sumbangan kita kepada ummah?

Sidhutai Sapkal telah mengajar kita beberapa perkara.

1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita.

2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita p**a.

3. Memaafkan itu pilihan terbaik. Dendam hanya membuat diri derita. Tidak pernah rugi hidup orang yang memaafkan orang lain. Bukankah itu juga telah diajar oleh baginda Nabi SAW.

4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ianya tak memberi ketenangan pun.

5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berusaha buat baik. Apatah lagi buat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang lain. Kredit kepada penulis asal :- Zul fikarullah

10/12/2023

Adakah anda masih menyimpan pakaian yang tidak dipakai sekian lama kerana baju kecil / badan membesar?

Mungkin anda mengharapkan berat badan akan berkurangan dan kembali muat pakaian tersebut. Jika cubaan untuk muat pakaian telah melebihi 5 tahun, mungkin lebih baik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pakaian tersebut.

Percayalah, almari yang lapang dan tersusun tanpa pakaian pakaian lama yang tidak dipakai akan memberikan ketenangan dan kesejahteraan kesihatan mental.

Anda akan rasa lebih bahagia apabila membayangkan pakaian pakaian tersebut dapat digunakan (oleh orang lain) berbanding hanya terperosok dalam almari.

10/12/2023

Persaingan sebenar kita adalah diri sendiri. Sebab tu segala benda kena lawan baik dari segi sifat malas, s**a bertangguh dan salahkan keadaan. Seorang usahawan selalu kena untuk diri sendiri.

30/08/2023

629.9K likes, 5388 comments. “7 keajaiban dunia.. 😢😢😭😭 . . .”

Nyum ais cream Gula Apong
16/08/2023

Nyum ais cream Gula Apong

Ramai yang masih tak tahu,mereka ingat Elegant Whitening Emulsion ni untuk pakai kat muka jer.Mereka tak tahu yang EWE n...
01/05/2023

Ramai yang masih tak tahu,mereka ingat Elegant Whitening Emulsion ni untuk pakai kat muka jer.Mereka tak tahu yang EWE ni jugak boleh disapu kat tangan,leher dan badan.

Ramai yang masih tak tahu,mereka ingat Elegant Whitening Emulsion ni oil based. Salah tu!! Produk EWE ni water based ye,sangat mudah menyerap dan melembapkan.

Ramai yang masih tak tahu,mereka ingat Elegant Whitening Emulsion ni kalau pakai akan rasa melekit,tak selesa dan bercapuk. Padahal,EWE ni sangat selesa dipakai. Tak melekit, tak berminyak dan tak bercapuk. Yang penting, dengan pemakaian yang konsisten mampu jadikan kulit lebih glowing dan flawless.

Mana lagi nak dapatkan produk local,kualiti antarabangsa, harga berpatutan kalau bukan dari Elegant Cosmetics.

Dengan Elegant, nampak Elegant, kekal Elegant.

Kekal Elegant Dengan Elegant😍

sebaik apapun produk yang kita makan kalau mengharapkan magic esok terus berjaya..berhati-hati sahaja :🍫🍫🍫Ramai yang sal...
28/02/2023

sebaik apapun produk yang kita makan kalau mengharapkan magic esok terus berjaya..berhati-hati sahaja

:🍫🍫🍫
Ramai yang salah faham. Ada ibubapa pm saya nak ambil int3 masa anak mereka sebab nak exam.

Ingat yea, int3 kena amalkan dari awal.

Bukan

❌ Esok exam + hari ni ambil int3 = skor 'A'

❌ Ambil int3 + mudah bangun pagi= subuh tak tinggal

❌ Ambil int3 + emosi stabil = jadi budak baik

❌ Ambil int3 + anak bertenaga= kerja rumah tak perlu nak suruh

Int3 bukan produk magic, Ibu bapa kena pantau anak-anak, bgtau apa yang ibubapa nak dari anak-anak, ajar mereka....

int3 membantu mempercepatkan perubahan mereka. Bagi int3 suruh anak ⤵️

✅Tidur awal + bangun awal + berdoa= mudah bangun

✅Minum air kosong + bermain + anak bertenaga = lebih sihat

✅Ulangkaji + ibubapa pantau + mudah faham = lebih cerdik

Bila semua diamalkan. Boleh nampak kesan saintifik pada anak-anak. Apa yang ditegur anak-anak akan cepat faham. Cepat bertindak.

Dapatkan di https://int3mall.je/register?referral_code=INT00109






https://int3mall.je/register?referral_code=INT00109

INI ADALAH 3 'KUNCI' UTAMA UNTUK IBU-IBU BILA ANAK DISERANG 'CHICKEN POX'. MUDAH JEE!Setiap orang MESTI pernah kena 'chi...
09/02/2023

INI ADALAH 3 'KUNCI' UTAMA UNTUK IBU-IBU BILA ANAK DISERANG 'CHICKEN POX'. MUDAH JEE!
Setiap orang MESTI pernah kena 'chicken pox' ni sekali seumur hidup kan. Siapa yang sampai BESAR tak kena memang rare lah! Hehe
So apa dia yang ibu2 perlu buat dan ambil PERHATIAN kalau ada anak2 dijangkiti 'chicken pox' ni??
Ikut je 3 LANGKAH mudah ni!
👉ASINGKAN anak2 dari pusat jagaan atau sekolah yaa. Sebabnya 'chicken pox' ni mudah sangat MELOMPAT2. Mudah berjangkit!
👉MANDIKAN anak dengan suhu air dan cecair antiseptik yang sesuai. Haa yang ni IBU2 kena pandai sesuaikan ya.
Cecair antiseptik ni ada yang gunakan SERBUK PENAIK. Ada p**a yang guna mandian oat ataupun daun semambu. Ikut mana yang SESUAI ya!
👉PASTIKAN kuku anak2 tu sentiasa PENDEK! Haa ibu2 kena rajin CHECK. Kalau tak habis digarunya satu badan MEREBAK luka2 nanti!
Yang lain2 macam biasa pastikan anak dapat NUTRISI yang cukup. Kalau ada multivitamin yang sesuai boleh BERIKAN supaya tak mudah dapat SIMPTOM2 yang lain kan!
Tambah ilmu, kongsi manfaat!

Address

Sibu Laut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Int3tree Global posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Int3tree Global:

Share