Pusat Kajian & Apresiasi Filem

Pusat Kajian & Apresiasi Filem Centre for Film's Research & Appreciation. Sebuah organisasi yang memfokuskan pada aktiviti penyeli

Salam sinema. Jun ini   mempersembahkan slot istimewa LAYAR DUA JAM LEBIH, menghidangkan enam buah karya sinema dunia ya...
02/06/2026

Salam sinema. Jun ini mempersembahkan slot istimewa LAYAR DUA JAM LEBIH, menghidangkan enam buah karya sinema dunia yang berdurasi lebih dua jam. Filem-filem yang dihidangkan termasuklah karya pop yang telah menjadi klasik kultus yang diraikan lebih lima dekad dan karya arthouse sentuhan ‘auteur’ yang merentas zaman.

Nantikan hebahan seterusnya untuk mengetahui filem-filem yang akan ditayangkan.

Salam sinema. Filem kedua dan terakhir mengisi slot Rapsodi Cinta dan Nostalgia, Jumaat ini,   membawakan PAST LIVES (20...
11/05/2026

Salam sinema. Filem kedua dan terakhir mengisi slot Rapsodi Cinta dan Nostalgia, Jumaat ini, membawakan PAST LIVES (2023) arahan sulung Celine Song.

Nora dan Hae Sung, dua sahabat sewaktu zaman kanak-kanak terpisah kerana keluarga Nora berhijrah ke Amerika Syarikat. Setelah dipertemukan semula dua puluh tahun kemudian mereka harus berhadapan dengan hakikat percintaan dan ketakdiran.

Terbuka dan percuma untuk semua, jemput hadir.

Jumaat ini   mempersembahkan LOVE LETTER (1995) oleh sutradara Jepun Shunji Iwai. Tunang Hiroko, Itsuke terbunuh dua tah...
27/04/2026

Jumaat ini mempersembahkan LOVE LETTER (1995) oleh sutradara Jepun Shunji Iwai.

Tunang Hiroko, Itsuke terbunuh dua tahun lalu dalam kemalangan pendakian gunung. Hiroko cuba menulis surat ke alamat Itsuke dan terkejut kerana mendapat balasan, tetapi bukan dari si mati tetapi seorang wanita yang sama nama dan pernah mengenali si mati. Lalu mereka berdua mula berhubungan.

Terbuka dan percuma untuk semua, jemput hadir.

Salam sinema! Mei ini   membawakan slot RAPSODI CINTA DAN NOSTALGIA. Slot istimewa ini menghidangkan dua filem bertemaka...
27/04/2026

Salam sinema! Mei ini membawakan slot RAPSODI CINTA DAN NOSTALGIA. Slot istimewa ini menghidangkan dua filem bertemakan cinta, memori dan nostalgia yang menjadi fenomena ketika eranya: Love Letter (1995), filem Jepun yang menjadi fenomena seluruh Asia, dan Past Lives (2023), karya kontemporari yang mengambil tempat di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Tayangan bermula Jumaat ini. Nantikan pengumuman seterusnya.

Salam sinema,FILEM SERAM ‘CULT’ HONG KONG ‘CENTIPEDE HORROR’ (1982) HIDANGAN SLOT DWI-BULANAN TAYANGAN LARUT MALAM SABTU...
13/04/2026

Salam sinema,

FILEM SERAM ‘CULT’ HONG KONG ‘CENTIPEDE HORROR’ (1982) HIDANGAN SLOT DWI-BULANAN TAYANGAN LARUT MALAM SABTU INI (18 APRIL 2026) DI WAYANG BUDIMAN

Slot dwi-bulanan Wayang Budiman yang mula diperkenalkan pada awal tahun ini, TAYANGAN LARUT MALAM, akan melayarkan filem seram ‘cult’ era 1980-an dari Hong Kong berjudul CENTIPEDE HORROR pada Sabtu ini, 18 April 2026, jam 11.59 malam.

Filem ini berkisar pada serangan sekawan lipan pembunuh yang akhirnya mendedahkan motif sebenar yang berkaitan dengan amalan ilmu hitam di Singapura. CENTIPEDE HORROR pernah beredar di rangkaian pawagam Shaw Brothers di Malaysia pada sekitar awal 1980-an. Selain itu, filem ini turut menampilkan persembahan aktor Malaysia, Allahyarham Hussein Abu Hassan.

Filem ini akan dipersembahkan dalam versi restorasi digital. Semua dijemput hadir. Namun, mereka yang lemah semangat dinasihatkan agar tidak menonton filem ini.

Masuk percuma. Bertujuan pendidikan.

*
Lokasi: No 13-2, Jalan Pulau Lumut P U10/P, Seksyen U10, Alam Budiman, 40170 Shah Alam, Selangor

Salam sinema. Sabtu ini akan diadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Wayang Budiman, kolaborasi bersama SIAR, media penstriman...
30/03/2026

Salam sinema. Sabtu ini akan diadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Wayang Budiman, kolaborasi bersama SIAR, media penstriman yang melayarkan filem-filem Malaysia terdahulu. Citra Desa Gambar Melayu menampilkan empat buah filem Melayu era 1980-an dan 1990-an dengan fokus citra, milieu dan landskap kedesaan yang sinonim dengan nostalgia, warisan dan tradisi kemelayuan.

11 pagi: KORBAN HARI RAYA (1984)
2 petang: RENTAK DESA (1990)
5 petang: CIKGU SAYANG (1983)
9 malam: SUMPAH SEMERAH PADI (1981)

Tayangan sepanjang hari bermula 11 pagi. Jemput hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama .

Salam Aidilfitri dan selamat menyambut Syawal penuh keberkatan.Meneruskan tradisi, dua minggu lagi    akan mengadakan ru...
21/03/2026

Salam Aidilfitri dan selamat menyambut Syawal penuh keberkatan.

Meneruskan tradisi, dua minggu lagi akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri dengan tayangan filem-filem istimewa dengan kolaborasi SIAR. Semoga berjumpa nanti.

Dua filem filem terakhir dalam slot Rohaniah Ramadan akan dilayarkan minggu ini di  . Jumaat ini akan dilayarkan INSHALL...
09/03/2026

Dua filem filem terakhir dalam slot Rohaniah Ramadan akan dilayarkan minggu ini di . Jumaat ini akan dilayarkan INSHALLAH A BOY (2023) diikuti pada Sabtu filem Pakistan berjudul CIRCUS OF LIFE (2019). Tayangan mula pada jam 10.30 malam.

Terbuka dan percuma untuk semua, jemput hadir.

Minggu ke-2   membawakan slot Rohaniah Ramadan. Jumaat ini akan dilayarkan A DOOR TO THE SKY (1989) arahan Farida Ben Ly...
02/03/2026

Minggu ke-2 membawakan slot Rohaniah Ramadan. Jumaat ini akan dilayarkan A DOOR TO THE SKY (1989) arahan Farida Ben Lyazid, dan pada Sabtu COMMITMENT HASAN (2021) oleh Semih Kaplanoglu. Tayangan pada 10.30 malam.

Terbuka dan percuma kepada semua, jemput hadir.

Membuka slot Rohaniah Ramadan, Jumaat ini   akan melayarkan LINGUI, THE SACRED BONDS (2021) dan pada Sabtu, FATIMA (2015...
24/02/2026

Membuka slot Rohaniah Ramadan, Jumaat ini akan melayarkan LINGUI, THE SACRED BONDS (2021) dan pada Sabtu, FATIMA (2015). Tayangan dijadualkan pada 10.30 malam.

Terbuka dan percuma untuk semua, jemput hadir.

Address

No. 13-2, Jalan Pulau Lumut P U10/P, Seksyen U10, Alam Budiman
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+603-7832 3944

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kajian & Apresiasi Filem posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share