08/12/2025
08.12.2025 | ISNIN
โSAYA DUDUK SEBILIK DENGAN KAWAN NON-MUSLIM, CUMA KELIRU APA BATAS AURAT YANG PERLU DIJAGA..โ
Seorang remaja perempuan datang dan tanyakan soalan tentang batas aurat dengan wanita non-muslim, โUstazah, saya ditempatkan bersama dua orang kawan non-muslim dalam satu rumah di sebuah kolej kediaman, cuma saya keliru adakah batas aurat saya dengan mereka sama sahaja seperti kawan muslim yang lain?โ
SubhanAllah, memang ada isu berkenaan percampuran bilik antara muslim dan non-muslim atas alasan dan tujuan bagi memupuk integrasi antara kaum. Nasihat saya, bahagian pengurusan juga perlu melihat kepada hukum-hakam syarak yang perlu dijaga, apalagi yang melibatkan aurat.
Boleh sahaja jika diasing dan disusun atur kedudukan yang sebaiknya agar syariat dan biah solehah terlaksana. Mengasingkan bilik kediaman tidak bermaksud kita menjauhi kawan non-muslim kerana boleh sahaja dipupuk di ruang belajar dan ruang-ruang sedia ada yang lain.
BATASAN AURAT WANITA
Secara asasnya, batasan aurat bagi wanita adalah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah menegur Asmaโ Binti Abu Bakar r.a:
ููุง ุฃูุณูู
ูุงุกู ุฅูููู ุงููู
ูุฑูุฃูุฉู ุฅูุฐูุง ุจูููุบูุชู ุงููู
ูุญููุถู ููู
ู ููุตูููุญู ุฃููู ููุฑูู ู
ูููููุง ุฅููููุง ููุฐูุง ููููุฐูุง
Maksudnya: โWahai Asma! Sesungguhnya jika seorang wanita sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (Baginda mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan).โ
(HR Abu Daud, hadis sahih)
Akan tetapi terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan, antaranya adalah
1. AURAT KETIKA SOLAT - WAJIB bagi wanita untuk menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. AURAT KETIKA SENDIRIAN - Para ulama menyebutkan WAJIB menutup antara pusat hingga lutut ketika berseorangan di rumah kerana sifat malu terhadap Allah SWT dan para malaikat.
3. AURAT KETIKA BERSAMA MAHRAM DAN WANITA MUSLIM - Antara pusat dan lutut, akan tetapi seseorang wanita TIDAK BOLEH mendedahkan bahagian tubuhnya yang boleh menaikkan syahwat di hadapan mahramnya yang lelaki kerana boleh timbul fitnah.
Ini dinyatakan di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji iaitu, โManakala (aurat wanita) di hadapan mahramnya yang lelaki adalah antara pusat dan lutut, iaitu harus baginya mendedahkan badannya (kecuali antara pusat dan lutut) di hadapan mereka dengan syarat aman daripada fitnah, jika sebaliknya (wujud fitnah) maka itu tidak boleh (haram) juga.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aurat, boleh ke link berikut ๐๐ป
https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=453&k=Zina
AURAT WANITA MUSLIMAH DENGAN WANITA NON-MUSLIM
Para Fuqahaโ berbeza pendapat mengenai hal ini, begitu juga dengan ulama-ulama di dalam mazhab Syafiโe yang mempunyai beberapa pendapat, antaranya:
๐ธ PANDANGAN PERTAMA - Majoriti ulama fiqh berpandangan bahawa aurat wanita Muslimah dengan wanita non-muslim adalah seperti aurat wanita dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh tubuh badan KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN
(Kitab al-Mausuโah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah)
๐ธ PANDANGAN KEDUA - Sebahagian ulama mazhab Syafiโe berpandangan bahawa aurat wanita muslimah dengan wanita non-muslim adalah seluruh tubuh KECUALI KEPALA (termasuk leher), TANGAN (hingga siku) DAN KAKI (hingga bawah sedikit daripada lutut).
Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami menukilkan dalam karyanya Tuhfah al-Muhtaj: โPandangan yang lebih sahih adalah HARAM wanita kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbi melihat kepada wanita Muslimah, tetapi HARUS untuk melihat dari wanita Muslimah itu apa yang zahir sewaktu bekerja.โ
Imam Al-Qalyubi berkata dalam kitab Hasyiah Qalyubi Wa โUmairah: โTetapi boleh wanita kafir zimmi melihat dari wanita muslimah apa yang zahir ketika bekerja. Inilah yang muktamad.โ
Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori berkata dalam kitab Asna al-Mathalib: โPerkataannya; (anggota yang zahir ketika bekerja) iaitu muka, kepala, tangan hingga siku dan kaki hingga lutut.โ
Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili menyatakan:
ููุนูููุฑูุฉู ุงูู
ูุณูููู
ูุฉู ุงูู
ูุงู
ู ุงูููุงููุฑูุฉู: ุนูููุฑูุฉู ุงููู
ูุณูููู
ูุฉู ุงูู
ูุงู
ู ุงููููุงููุฑูุฉู ุนูููุฏู ุงููุญูููุงุจูููุฉู ููุงุงูุฑููุฌููู ุงููู
ูุญูุฑูู
ู: ู
ูุง ุจููููู ุงูุณููุฑููุฉู ููุงูุฑููููุจูุฉู. ููููุงูู ุงููุฌูู
ูููููุฑู: ุฌูู
ูููุนู ุงููุจูุฏููู ู
ูุง ุนูุฏูุง ู
ูุง ุธูููุฑู ุนูููุฏู ุงููู
ูููููุฉู ุงููู ุงูุงูุณูุบูุงูู ุงููู
ูููุฒููููููุฉู
Maksudnya: โAurat wanita Muslimah di hadapan wanita non-Muslim: Aurat wanita Muslimah menurut mazhab Hanbali adalah seperti aurat di hadapan lelaki mahram, iaitu antara pusat dan lutut.โ Sebahagian besar ulama berkata: โSeluruh badan, kecuali bahagian yang nampak saat bekerja atau melakukan kesibukan di rumah.โ
(Kitab al-Fiqhu Wa Adillatuhu)
KESIMPULAN:
Majoriti para fuqahaโ berpendapat bahawa aurat wanita Muslimah dengan wanita non-muslim adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab syafie (termasuk sebahagian ulama mutaakhirin mazhab syafie) berpendapat bahawa aurat wanita Muslimah dengan wanita non-muslim adalah selain daripada kepala, tangan dan kaki.
Dalam isu seperti ini, apabila dalam keadaan darurat atau tiada pilihan yang boleh dibuat saat ditempatkan di dalam satu bilik, maka aurat yang boleh ditunjuk adalah aurat yang biasa sahaja iaitu KEPALA, LEHER, LENGAN dan KAKI.
RUJUKAN:
1. Kitab Mughni al-Muhtaj karangan Syeikh Khatib as-Syarbini.
2. Kitab al-Mausuโah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.
3. Kitab Tuhfah al-Muhtaj karangan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami.
4. Kitab Hasyiah Qalyubi Wa โUmairah karangan Imam al-Qalyubi.
5. Kitab Hasyiah al-Syarwani Ala Tuhfah al-Muhtaj karangan Imam Asy-Syarwani.
6. Kitab Asna al-Mathalib karangan Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori.
7. Kitab al-Fiqhu Wa Adillatuhu karangan Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili.
Asmaโ binti Harun
Sumber: Ustazah Asma' Harun
semua orang