04/05/2020
Berita baik..
Kita akan mula beroperasi pada hari ini.. 4/5/2020..
Sebagai mematuhi arahan Kerajaan Malaysia.. Kita akan laksanakan beberapa SOP sepanjang PKP ini..
1. Masa operasi premis Metropolitan Dobi Express ialah dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Walaubagaimanapun, pekerja kami akan berehat pada jam 6 ptg dan waktu kerja akan bersambung pada jam 8 malam. Waktu terakhir untuk masuk ke kedai membuat cucian ialah pada jam 9 malam.
2. Hanya satu pintu masuk dan keluar akan dibuka. Keseluruhan kawasan akan dipagar menggunakan tali tape.
3. Setiap pelanggan yang datang hendaklah diperiksa suhu badan. Suhu badan melebihi 37.5ยฐC tidak dibenarkan masuk.
4. Pelanggan tidak boleh datang bersama melebihi 2 orang. Anak2 kecil tidak dibenarkan masuk ke premis dobi.
5. Semua pelanggan yang hendak masuk wajib memakai face mask. Pelanggan tanpa face mask boleh membeli face mask dari kaunter kami. Tiada pengecualian dibenarkan.
6. Di kaunter masuk, setelah suhu diambil, pelanggan diminta membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan oleh pihak kami. Pelanggan juga perlu merekodkan maklumat mereka di dalam buku log yang disediakan (nama, ic, alamat, hp, tarikh dan masa masuk).
7. Setelah selesai dan ingin keluar, waktu keluar juga perlu direkod oleh pelanggan atau oleh pekerja dalam buku log yang sama.
8. Pelanggan tidak dibenarkan menggunakan meja atau melipat pakaian di premis perniagaan Metropolitan Dobi Express. Pelanggan hanya boleh menggunakan mesin untuk mencuci/mengering dan diminta beredar sebaik cucian/pengeringan selesai.
9. Pelanggan perlu menjaga jarak penjarakan sosial iaitu 1 meter pada setiap masa iaitu semasa menunggu untuk masuk atau semasa menunggu cucian dibuat.
10. Maksima jumlah pelanggan yang boleh menunggu di dalam premis adalah terhad pada 15 orang sahaja. Pelanggan lain boleh menunggu di luar premis atau di dalam kereta.
11. Jika premis penuh, pelanggan boleh meninggalkan baju mereka untuk diuruskan oleh pekerja. Kos pengurusan sebanyak RM4 akan dikenakan.
12. Staff kami akan memastikan premis dimop setiap hari. Sanitize melalui semburan dengan menggunakan cucian antiseptic (dettol) juga akan dibuat setiap hari. Pintu2 mesin basuh/dryer juga perlu dibersihkan dengan antiseptic dengan kerap.
Kita berharap dengan SOP yang ketat dan pematuhan SOP tersebut oleh staff kami dan pelanggan akan mengurangkan atau menghapuskan terus risiko jangkitan virus Covid-19 di premis Metropolitan Dobi Express ini.
Sekian harap maklum.