Moyog Innovation House

Call Directions

Moyog Innovation House At MIH, we empower rural communities by turning local produce into products and repurposing waste.

Guided by SDG 17: Partnerships for the Goals, we believe success comes from collaboration, creating lasting impact for a sustainable future. 💚

30/10/2026

Thank you Rotary Club of Penampang

DARI PISANG KE PELUANG MENJANA PENDAPATAN!Program APPGM-SDG Y26-SP152 | P174 Penampang📅 Tarikh: 28 Oktober 2026 (1pm - 5...
28/10/2026

DARI PISANG KE PELUANG MENJANA PENDAPATAN!

Program APPGM-SDG Y26-SP152 | P174 Penampang

📅 Tarikh: 28 Oktober 2026 (1pm - 5pm)
📍 Tempat: Madsiang Community Learning Centre

Hari ini, Moyog Innovation House meneruskan aktiviti projek APPGM-SDG Y26-SP152 melalui sesi praktikal penghasilan kerepek pisang.

Bagi projek ini, Ruzita Maidin merupakan peserta yang akan dibimbing untuk membangunkan produk kerepek pisang sebagai salah satu usaha menjana pendapatan tambahan.

Walaupun projek ini memberi fokus kepada Ruzita, semua peserta Y26-SP152 turut diberi peluang mempelajari proses penghasilan kerepek pisang, bermula daripada mengupas kulit pisang, menghiris, menggoreng sehinggalah kepada pembungkusan produk.

Melalui pendekatan learning by doing, kami mahu setiap peserta bukan sahaja mahir menghasilkan produk sendiri, tetapi turut memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah permulaan untuk Ruzita membangunkan produk sendiri dan membuka peluang pendapatan yang lebih mampan.

Di Moyog Innovation House, kami percaya setiap kemahiran yang dipelajari boleh menjadi peluang untuk mengubah kehidupan. 🌱

Thank you APPGM SDG!

🌿 PROJECT SITE VISIT | SOLAR COMPOUND LIGHTS AT Moyog Innovation House Hari ini, Moyog Innovation House (MIH) berbesar h...
28/10/2026

🌿 PROJECT SITE VISIT | SOLAR COMPOUND LIGHTS AT Moyog Innovation House

Hari ini, Moyog Innovation House (MIH) berbesar hati menerima lawatan daripada Rotary Club of Penampang ke Community Learning Centre (CLC), Kampung Madsiang, Penampang.

Lawatan ini bertujuan melihat projek Solar Compound Lights yang telah ditaja bersama oleh Rotary Club of Penampang dan Rotary Club of Kg Gelam, Singapore bagi membantu menambah baik pencahayaan dan persekitaran CLC kami.

Kami amat berbesar hati dengan kehadiran DG Dolly Yeap, AG Datuk George Tulas, President Ben Tan serta pasukan Rotary Club of Penampang.

Dalam lawatan ini, kami turut berpeluang berkongsi tentang perjalanan Moyog Innovation House dan pelbagai inisiatif yang dijalankan untuk memperkasakan komuniti melalui pembangunan kemahiran, keusahawanan dan aktiviti kelestarian.

CLC kami mungkin masih sederhana dan banyak yang perlu diperbaiki, namun setiap sokongan seperti ini amat bermakna dalam usaha kami membangunkan sebuah pusat pembelajaran yang memberi manfaat kepada komuniti.

Bagi kami, sumbangan ini bukan sekadar lampu yang menerangi kawasan CLC, tetapi juga simbol keprihatinan dan semangat kerjasama dalam membangunkan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rotary Club of Penampang dan Rotary Club of Kg Gelam, Singapore atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.

Semoga hubungan baik ini terus membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.

Small steps, meaningful impact. Together, we build stronger communities.

Thank you RC Penampang & RC Kg Gelam Singapore.
20/10/2026

Thank you RC Penampang & RC Kg Gelam Singapore.

4 October 2026☀️💡 Madsiang CLC kini terang siang & malam!Hari ini kami menerima sumbangan Solar Garden Light daripada Ro...
04/10/2026

4 October 2026

☀️💡 Madsiang CLC kini terang siang & malam!

Hari ini kami menerima sumbangan Solar Garden Light daripada Rotary Club of Penampang dan Rotary Club Kg Galem, Singapore. ❤️

Terima kasih atas sumbangan yang sangat bermakna ini. Bukan sekadar menerangi kawasan CLC pada waktu malam, tetapi membantu menjadikan ruang komuniti kami lebih selesa dan boleh digunakan lebih lama.

Special thanks kepada Ben Tan & team yang datang sendiri ke Madsiang CLC untuk pemasangan.

Bah… sekarang lampu sudah terang.
Siapa mau join kupi-kupi malam di CLC bawah sinaran lampu solar? ☕️

🧵 BENGKEL JAHITAN UPCYCLE | PROJEK JANA PENDAPATAN Y26SP152, P174 PENAMPANGPada 13 September @ Madsiang Community Learni...
16/09/2026

🧵 BENGKEL JAHITAN UPCYCLE | PROJEK JANA PENDAPATAN Y26SP152, P174 PENAMPANG

Pada 13 September @ Madsiang Community Learning Centre, Moyog Innovation House bersama APPGM SDG telah menganjurkan Bengkel Jahitan Upcycle bagi Projek Jana Pendapatan Y26SP152, P174 Penampang.

Seramai 16 peserta menyertai bengkel ini, terdiri daripada 8 peserta projek APPGM SDG dan 8 peserta daripada komuniti lain yang berminat untuk belajar.

Peserta terdiri daripada wanita suri rumah yang ingin menambah pendapatan, ibu tunggal, belia dan seorang peserta OKU, iaitu Steffi, yang merupakan individu pekak dan tidak boleh bertutur.

Walaupun mempunyai cabaran dalam pendengaran dan pertuturan, Steffi sangat membanggakan kerana berjaya menyiapkan projek tote bag beliau. ❤️ Ini menunjukkan bahawa dengan semangat dan peluang yang diberikan, setiap orang mampu belajar dan menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Aktiviti kali ini menghasilkan tote bag menggunakan kain terpakai dan lebihan cebisan kain. Kelas seterusnya akan disambung dengan projek penghasilan scrunchies.

Terima kasih kepada APPGM SDG kerana memberikan peluang kepada komuniti, khususnya wanita, ibu tunggal dan belia, untuk mempelajari kemahiran yang boleh membantu menambah pendapatan keluarga.

Tahniah kepada semua peserta! 🌱❤️

🇲🇾 KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 SINGGAH DI MOYOG INNOVATION HOUSE! 🇲🇾Moyog Innovation House berbesar hati ...
13/08/2026

🇲🇾 KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 SINGGAH DI MOYOG INNOVATION HOUSE! 🇲🇾

Moyog Innovation House berbesar hati menerima kunjungan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 yang melibatkan peserta daripada pelbagai agensi sempena sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia. ❤️🤍💙💛

Persinggahan kali ini bukan sekadar singgah, tetapi menjadi ruang untuk para peserta belajar, berkarya, berinovasi dan mengenali produk komuniti Moyog.

🌿 Belajar Membuat Noonsom Bambangan
Para peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan Noonsom Bambangan, yang dikendalikan oleh Komuniti Madani Kg. Moyog — salah satu warisan makanan tempatan yang terus dipelihara dan diketengahkan oleh komuniti.

🎨 Mengecat Arca Tangan daripada Sisa Polikarbonat
Satu lagi aktiviti istimewa ialah sesi mengecat arca tangan yang diperbuat daripada sisa polikarbonat, hasil kreativiti Japson Wong. Sesi ini turut diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, menjadikan aktiviti lebih bermakna dalam menyampaikan mesej tentang kreativiti, kelestarian dan kitar semula.

🌺 Garden Slab daripada Pasir Kaca & Simen
Peserta turut menceriakan kawasan Madsiang Community Learning Centre dengan mengecat garden slab flower yang dihasilkan daripada campuran pasir kaca dan simen. Menariknya, warna yang digunakan ialah warna Jalur Gemilang — merah, putih, biru dan kuning. 🇲🇾

🛍️ Booth Produk Inovasi Komuniti Moyog
Komuniti Moyog Innovation House turut membuka booth yang menampilkan pelbagai produk inovasi hasil tani seperti:

🌹 Halwa Roselle
🍍 Dried Pineapple Snack
🌺 Roselle W**e
🍷 Lihing Roselle
🌿 Herbal Tea
🍦 Aiskrim Lihing
dan pelbagai lagi produk komuniti.

💙 Aktiviti Memacak Bendera
Para peserta turut bersama-sama memacakkan bendera Malaysia di sekitar Madsiang Community Learning Centre, menyemarakkan lagi suasana patriotik dan semangat cintakan negara.

🩵 Special Welcoming Drink daripada MIH
Sebagai tanda sambutan, para peserta dijamu dengan Air Bunga Telang Selasih Ais — minuman yang menyegarkan dan sangat sesuai dengan cuaca panas ketika ini.

Kami percaya kemerdekaan bukan hanya tentang kibaran bendera, tetapi juga tentang kebersamaan, kreativiti, kelestarian, warisan dan kekuatan komuniti.

Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Penampang kerana memilih Moyog Innovation House sebagai salah satu destinasi persinggahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026. 🇲🇾

Terima kasih kerana singgah, belajar dan berkarya bersama komuniti kami. Semoga semangat Jalur Gemilang terus berkibar — menyatukan kita dalam kepelbagaian.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾❤️🤍💙💛

2 Ogos 2026 (Sunday) Terima kasih  Dayne David sebab pilih Moyog Innovation House (MIH) sebagai lokasi penganjuran bengk...
04/08/2026

2 Ogos 2026 (Sunday)

Terima kasih Dayne David sebab pilih Moyog Innovation House (MIH) sebagai lokasi penganjuran bengkel. 25 peserta join bengkel ini.

Bengkel ini beri pendedahan baharu kepada komuniti dan membuka peluang untuk peserta mempelajari teknik penghasilan kandungan digital secara kreatif menggunakan smart phone.

Terima kasih Lala Kerry atas perkongsian ilmu dan pengalaman sebagai content creator. Sudah pastinya ilmu yang dikongsikan menjadi inspirasi dan memberi manfaat kepada komuniti untuk mempromosikan produk serta meningkatkan pendapatan.

Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. 🙏❤️

Program Kejiranan dan Kepimpinan diteruskan dengan siri ceramah bertemakan Hak Kewarganegaraan & Rancangan Malaysia Keti...
23/07/2026

Program Kejiranan dan Kepimpinan diteruskan dengan siri ceramah bertemakan Hak Kewarganegaraan & Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang telah berlangsung pada 19 Julai 2026 (Ahad) di Dewan Gawir, Kg. Madsiang, Penampang dengan penyertaan seramai 80 peserta.

🎤 Penceramah & tajuk ceramah:
• Peguam Jubili Anilik – Gangguan Hartanah Oleh Pihak Lain: Apakah Hak Perundangan Anda?

• Tuan Galus Ahtoi – Kesedaran Hak Pemilikan Tanah: Memahami Isu, Cabaran & Strategi Penyelesaian

• Prof. Dr. Felix Tongkul – Tanah, Rezeki & Pembangunan: Peranan RMK13 Untuk Komuniti Luar Bandar

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai hak-hak mereka sebagai warganegara, isu pemilikan tanah serta peluang pembangunan luar bandar melalui RMK13.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan sesi soal jawab yang aktif. Rata-rata peserta menyatakan rasa puas hati dan bersyukur kerana memperoleh ilmu baharu yang bermanfaat.

Ucapan terima kasih kepada ADUN N26 Moyog, YB Datuk Donald Peter Mojuntin, atas sokongan berterusan terhadap program-program pembangunan komuniti. Penghargaan juga kepada wakil beliau, Tuan Michael Fadilla, atas ucapan perasmian yang penuh inspirasi dan membina kepada semua peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada APPGM SDG, Kementerian Kewangan Malaysia dan Yayasan Hasanah atas kepercayaan dan sokongan kepada Moyog Innovation House dalam menjayakan Program Kejiranan dan Kepimpinan.

🍍 Di sebalik setiap pek Dried Pineapple Snack, ada cerita komuniti yang kami hargai.Nanas yang digunakan bukan datang da...
10/06/2026

🍍 Di sebalik setiap pek Dried Pineapple Snack, ada cerita komuniti yang kami hargai.

Nanas yang digunakan bukan datang dari ladang besar, tetapi daripada petani kecil di Kg Pogunon, Penampang yang menanam secara organik. Setiap kali musim tuaian, hasil yang dihantar tidak banyak — kadang-kadang hanya sekitar 87kg sahaja — tetapi itulah rezeki yang kami usahakan bersama.

Di Moyog Innovation House, hasil nanas ini diproses dan dikeringkan oleh kumpulan ibu-ibu komuniti yang turut terlibat dalam kerja penyediaan dan pembungkusan produk. Melalui usaha kecil ini, kami berharap dapat membantu menambah pendapatan keluarga sambil mengurangkan pembaziran hasil pertanian tempatan.

Setiap pek yang anda beli bukan sekadar snek sihat, tetapi juga sokongan kepada petani kecil dan wanita komuniti yang berusaha membina kehidupan yang lebih baik.

Syukur kerana sedikit demi sedikit, kita dapat berkembang bersama.

🍍 Xenia Dried Pineapple Snack 🌱 100% Natural 🌱 Tiada Gula Tambahan 🌱 Tiada Pengawet

Membeli produk tempatan bukan sekadar membeli makanan, tetapi turut menyokong komuniti yang menghasilkannya.

🍍💚

Address

Kg Madsiang
Kota Kinabalu
89507

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60164492692

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Moyog Innovation House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby bars and pubs