Fyranz

Fyranz Kepakaran Kami Adalah Untuk Membantu Servis Kenderaan melalui (PUSPAKOM) & Semua Urusan (PUSPAKOM)

Kami Menyediakan Perkhidmatan Perkongsian Yang Menarik Tentang Kecantikan & Kesihatan Seseorang Individu.

Tahukah Anda ?
24/12/2018

Tahukah Anda ?

Mulakan pagi anda dengan bismiallahirahmanirrahim... ☺️
14/11/2018

Mulakan pagi anda dengan bismiallahirahmanirrahim...
☺️

Wah, gebunya kulit wajah dia. Inilah ayat yang sering terlintas dalam hati setiap kali memandang wajah orang yang bersih...
13/09/2018

Wah, gebunya kulit wajah dia. Inilah ayat yang sering terlintas dalam hati setiap kali memandang wajah orang yang bersih daripada sebarang cela. Bukan wajah wanita saja, kerana kini semakin ramai lelaki yang mempunyai kulit muka yang mulus.

Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.

Di sini, ada 10 langkah mudah yang boleh dilakukan setiap wanita bermula seawal usia remaja bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik:

1. Pilih pencuci wajah yang sesuai

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Skrub wajah dua kali seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati pada kulit wajah. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar bagi mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. Cuci dengan air suam

Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan p**i.

4. Tanggalkan mekap sebelum mencuci wajah

Ramai yang menganggap mencuci muka cukup untuk menghilangkan mekap, namun ternyata ia salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk ditanggalkan dan kita boleh menggunakan cecair penanggal mekap yang lembut. Lembapkan kapas dengan cecair ini dan tanggalkan mekap anda dengan urutan yang lembut. Selepas itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.

5. Cuci tangan dengan sabun

Wajah sepatutnya menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Ini kerana tangan kita menyentuh pelbagai permukaan dan tidak ramai yang mengamalkan untuk mencuci tangan sekerap mungkin. Jadi setiap kali anda mahu menyentuh muka, cucilah tangan dengan bersih sama ada menggunakan sabun mandi atau cecair pencuci tangan biasa mahupun yang mengandungi ciri antibakteria.

Walaupun ada pihak menyarankan kita menggunakan sabun antibakteria, tetapi kajian menunjukkan mencuci tangan dengan sabun mandi biasa juga sudah memadai. Apa yang penting, kurangkan menyentuh muka dengan tangan terutama bagi individu yang ada masalah jerawat kerana perpindahan bakteria dari tangan ke muka boleh memburukkan lagi keadaan.

6. Memfokuskan pada zon T wajah

Zon T merangkumi bahagian dahi, p**i dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berminyak dan berpotensi besar untuk pertumbuhan jerawat . Jadi, lebihkan perhatian pada Zon T semasa mencuci muka supaya dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan. Disarankan supaya mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

7. Buat urutan wajah

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit wajah. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan daripada leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.

8. Jangan lap dengan tuala

Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

9. Gunakan topeng wajah

Selepas mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka bagi memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.

10. Kecutkan jerawat dengan ais

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.

Berikut adalah di antara beberapa manfaat KULUT PISANG : 1) Mengubati JerawatAntara manfaat kulit pisang ialah untuk men...
13/09/2018

Berikut adalah di antara beberapa manfaat KULUT PISANG :

1) Mengubati Jerawat

Antara manfaat kulit pisang ialah untuk menyembuhkan jerawat di kulit secara efektif. Caranya juga sangat mudah, ambil pisang yang tidak terlalu masak dan terlalu muda. Setelah anda nikmati buah pisangnya, gosoklah kulit wajah yang berjerawat dengan kulit pisang tersebut perlahan namun menyeluruh ke wajah.

Gunakan bahagian dalam kulit atau bahagian putihnya sahaja. Jika wajah anda terlalu banyak jerawat dan jerawat sedang membengkak, sebaiknya hancurkan kulit pisang terlebih dahulu kemudian ditambah dengan satu sudu teh madu dan jadikannya sebagai masker.

Kandungan antioksidan pada kulit pisang ternyata boleh dijadikan alternatif untuk mengubati jerawat yang sedang seronok tumbuh di muka anda.



Baca Juga: Cegah Jerawat Batu



2) Memutihkan Gigi

Ramai orang percaya bahawa kulit pisang boleh memutihkan gigi. Kenyataan ini ada kebenarannya, cuba gosok bahagian dalam kulit pisang pada gigi dengan gerakan memutar.Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi ini boleh anda lihat setelah mempraktikkannya secara teratur dan telah dilakukan selama kurang lebih dua minggu.



3) Mencerahkan & Menghaluskan Wajah

Sebagai wanita, sudah pasti anda mahu memiliki wajah yang cerah, bersih serta putih.Kini anda boleh memilikinya dengan menggunakan manfaat kulit pisang iaitu dengan menjadikannya sebagai masker. Di samping itu, jika kulit anda kasar dan kering, pakailah masker dengan menggunakan kulit buah pisang. Lakukannya secara rutin dalam beberapa minggu hingga kulit lebih terasa lebih cerah, halus dan lembut.



Baca Juga: Manfaat Masker Wajah



4) Menghilangkan Kutil pada Kulit

Manfaatkan kulit pisang dengan menggosoknya secara teratur pada kulit yang terkena kutil pada malam hari. Hasilnya dalam beberapa minggu kutil tersebuh akan hilang.



5) Mencegah Penuaan

Semakin bertambahnya usia akan membuat kulit menjadi berkedut serta munculnya garis-garis halus, namun anda boleh atasinya dengan manfaat kulit pisang. Caranya, keruk bahagian dalam kulit pisang, masukkan dalam mangkuk dan tambahkan satu sudu teh madu.

Aplikasikan pada wajah dan leher serta bahagian-bahagian yang mula nampak garis-garis halus atau kedutan. Biarkan selama 15 minit kemudian bersihkan dengan tuala lembut dan bersih yang sudah di rendam dengan air suam.Lakukan 3 kali seminggu.

23/05/2018

Try Buat Bagi Yang Ada Masalah Seperti ini..

p/s : please share & like page : Fyranz

5 Cara Memutihkan Kulit Secara SemulajadiCARA MEMUTIHKAN KULITKita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat bany...
16/03/2018

5 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

CARA MEMUTIHKAN KULIT
Kita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

1. MINUM AIR MASAK

Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.

Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.

2. GUNA AIR BERAS

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. GUNA LIMAU NIPIS

Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. GUNA LIDAH BUAYA

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

5. GUNA BIJI TOMATO

Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.

Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.

Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.

AKHIR KATA
Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup. Sampai di sini sahaja tips dan cara memutihkan kulit dari kami.

Selamat mencuba!

Guna Tomato Dah Boleh Dapat Kulit Cantik Dan Gebu! Ikut 3 Cara Mudah Ini, Senang JeBukan sahaja sebelum raya, penjagaan ...
16/03/2018

Guna Tomato Dah Boleh Dapat Kulit Cantik Dan Gebu! Ikut 3 Cara Mudah Ini, Senang Je

Bukan sahaja sebelum raya, penjagaan wajah selepas beraya pun perlu diamalkan juga. Maklumlah, setelah seharian pergi beraya tak kira panas atau tidak, kulit kita banyak terdedah dengan udara luar. Jadi, kenalah selalu bersihkan kulit kan? Cara yang paling bagus adalah dengan menggunakan bahan semulajadi salah satunya adalah dengan menggunakan tomato. Tomato memang sudah terkenal dengan amalan penjagaan kulit sejak dari dahulu lagi dan memang terbukti, kulit anda akan kekal mulus jika selalu mengamalkannya dalam pemakanan atau sebagai rutin kecantikan. Nak tahu cara nak cantikkan kulit dengan menggunakan tomato? Boleh guna 3 cara mudah ini!

1. TOMATO & GULA

– Basuh muka dengan air suam.
– Belah 2 tomato tu, so boleh guna 1 pagi, 1 malam.
– Ambil tomato tu tekap permukaan kat gula, pastu gosok dan sental muka anda.. jangan sental kuat sangat.. ikut tahap “tahan sakit” anda semua ya.. jangan sampai luka dah la..
– Biarkan 5 minit, pastu bilas dengan air.. Then keringkan dengan tuala besih tau!!

2. TOMATO YG DIBEKUKAN

– Belah 2 tomato tu, dan masukkan dalam peti ais bahagian beku.. jangan campur dengan ruangan ikan p**ak tau!!!
– Keluarkan tomato yang dah beku tu, sental kat kulit muka anda, sental sampai tomato tu macam dah habis seratnya.
– Pastu bilas muka anda dengan air bersih then keringkan dengan tuala bersih.
– Buat pagi dan malam.. confirm cun!!!

3. TOMATO ASLI TANPA BAHAN LAIN

– Pilih tomato yang agak masak, lenyek keseluruhan tomato tu.
– Sapu dan ratakan pada kulit muka anda.
– Biarkan selama 15-20 minit.
– Then bilas dengan air besih.
– Keringkan dengan tuala bersih.

*Amalkan dua kali seminggu, mesti kulit wajah anda akan sentiasa berseri-seri dan gebu macam orang Korea! Jangan lupa cuba nanti ya!

Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Saja!“Aduh, stres betul bila rasa kulit muka menggerutu d...
16/03/2018

Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Saja!

“Aduh, stres betul bila rasa kulit muka menggerutu dan kasar. Rupanya, dah banyak whitehead dan blackhead yang berkumpul…”

Whitehead dan blackhead adalah salah satu musuh utama wanita selain jerawat. Yalah, siapa tak mahu wajah licin dan ‘flawless’ kan?Kedua-dua ‘makhluk’ ini memang selalu menyerang wajah, terutamanya bahagian zon T – iaitu di bahagian atas kening, hidung sehingga p**i. Zon ini merupakan kawasan paling berminyak pada muka.

Biasanya cara mudah nak hilangkan kedua-dua whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker atau kertas khas yang dibeli dari farmasi. Tapi kadang-kadang mesti ada masanya kita malas nak keluar dan mencari semua barang tu.

Jadi di sini kami nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead. Bajetnya cuma RM0.40 saja! Macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.

Jom kita tengok perkongsian tips daripada beliau selengkapnya di bawah.

CARA BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD SERENDAH RM0.40. GUNA 2 BAHAN SAJA!
Beginilah cara buang whitehead dan blackhead yang degil pada wajah anda. Hanya guna 2 bahan tau.

BAHAN-BAHAN
Sebiji telur (diambil putihnya)
3 keping kapas muka
CARA-CARA
Berikut adalah step-by-step membuang whitehead dan blackhead tersebut dengan jayanya.

1. Asingkan Putih Telur

Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.

2. Rendamkan Kapas

Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.

Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

3. Wapkan Muka Dengan Air Suam

Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.

4. Tepekkan Kapas

Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.

Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.

5. Angkat

Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.

Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.

MUDAH & MURAH. TAPI CUKUP BERKESAN
Mudah dan jimat, bukan? Inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, kami amat mengalu-alukannya!

Ini 6 Tips Yang Paling Berkesan Untuk Mandikan Bayi Tanpa Tangisan. Cubalah!Memang tak dapat dinafikan bahawa mandikan b...
16/03/2018

Ini 6 Tips Yang Paling Berkesan Untuk Mandikan Bayi Tanpa Tangisan. Cubalah!

Memang tak dapat dinafikan bahawa mandikan bayi memang sukar terutama untuk para ibu yang kali pertama menimang cahaya mata. Memang sukar untuk pegang badan bayi yang masih lembik dan fragile tu, betul tak? Bayi akan mula menangis bila mereka rasa air yang terkena badan mereka. Jangan panik, ikuti langkah yang admin nak share ni. Semoga dapat membantu!

1. SEDIAKAN PERALATAN MANDI YANG SESUAI

Sebelum bawa bayi ke bilik mandi, pastikan anda sudah sediakan semua peralatan dan keperluan untuk mandian mereka seperti besen kecil atau tab mandi bayi, sabun, span atau kain lembut untuk membersihkan muka dan badan mereka.

2. RUANGAN MANDI YANG SELAMAT UNTUK BAYI – TIDAK TERLALU SEMPIT

Pastikan ruangan mandi luas dan selamat untuk anda ketika mandikan bayi. Pastikan para ibu juga duduk dalam keadaan yang selesa di atas bangku, terutama yang masih berpantang. Boleh juga lapik alas getah untuk mengelakkan anda tergelincir semasa mendukung bayi setelah selesai mandi. Hati-hati ya!

3. GUNAKAN KAIN ATAU SPAN LEMBUT UNTUK MEMBERSIHKAN MUKA BAYI

Bayi selalunya akan mulai menangis apabila disentuh di bahagian muka menggunakan air. Mereka sangat sensitif sebenarnya. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan kain atau span yang lembut untuk membersihkan muka mereka. InsyaAllah mereka tak akan menangis. Cuba dulu ya!

4. CARA MENDUKUNG – SATU TANGAN DI LEHER DAN KEPALA BAYI UNTUK SUPPORT

Memandikan bayi pun ada cara yang tersendiri tau. Contohnya, anda perlu gunakan satu tangan untuk support leher dan kepalanya, satu tangan lagi untuk membersihkan anggota badan. Lepas bersihkan muka dan kepala, boleh teruskan menggosok dengan lembut bahagian atas badan hingga ke bawah dan dari depan ke belakang.

5. SUHU AIR YANG SESUAI – TAK TERLALU SEJUK, TAK TERLALU PANAS

Suhu yang paling sesuai untuk mandikan bayi adalah sekitar 37o. Pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas ya.

6. MENGGUNAKAN SABUN MANDI YANG SESUAI UNTUK KULIT BAYI ANDA YANG MASIH FRAGILE DAN HALUS

Ini salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu bapa terutama apabila bayi yang mempunyai kulit yang halus. Pemilihan sabun mandi untuk bayi juga sangat penting tau. Kalau boleh pilih yang tidak terlalu banyak buih supaya tidak termasuk dalam mata bayi.

40 MINGGU Stress dan Cepat Marah Ketika Mengandung. Encik Suami, Tolong Saya!Bagi suami saya, seorang wanita sudah cukup...
16/03/2018

40 MINGGU Stress dan Cepat Marah Ketika Mengandung. Encik Suami, Tolong Saya!

Bagi suami saya, seorang wanita sudah cukup ‘complicated’ dan sukar difahami, terutamanya apabila datang bulan. Cepat marah, meroyan tak tentu pasal. Tapi, itu baru seminggu. Apabila mereka hamil, dapatkah anda bayangkan ‘roller coaster’ itu selama 9 bulan?

CEPAT MARAH? CEPAT PENAT?
Tentu anda pernah mendengar amaran-amaran bahawa orang mengandung ni tak elok ditegur sesuka hati. Perubahan hormon menjadikan emosi mereka sangat sensitif dan kadangkala bermacam-macam benda pelik dibuatnya.

Ada wanita yang tiba-tiba menangis apabila tak dapat makanan yang diidamkan. Ada yang rasa nak muntah dengan bau badan suami – (tapi selama ni boleh p**a tidur bawah ketiak suami!). Ada p**a yang jadi minah pelupa.

WAHAI SUAMI, SELAMAT DATANG KE DUNIA KEHAMILAN YANG INDAH (DAN ANEH!)
Mengapa ‘mood swing’ berlaku? Secara saintifiknya, ‘mood swing’ berlaku akibat perubahan hormon yang mendadak . Hormon-hormon ini berfungsi untuk mengadaptasikan badan kita sesuai dengan proses perkembangan bayi mengikut proses kehamilan.

Contohnya, pada trimester pertama tahap hormon progesteron sedang meningkat tinggi. Hormon ini sebenarnya bersifat menenangkan, tetapi apabila ianya terlalu banyak, ia mampu menyebabkan penyakit lupa dan ‘blur’. Menerusi Parents.com, Dr Puryear menyatakan bahawa fasa ini dikenali sebagai ‘baby brain’ di mana otak wanita hamil memiliki ciri yang serupa dengan anak kecil.

Sementara itu, menjelang trimester ketiga paras oksitoksin p**a mula mengambil alih. Hormon ini dikenali sebagai ‘nesting hormone’, bermaksud ia menyediakan badan wanita untuk menerima kelahiran bayi. Di saat ini, mungkin ada wanita yang tidak henti-henti mengemas dan membersihkan rumah mereka. Pelik kan penangan hormon?

Perut wanita p**a menjadi semakin besar, menjadikan mereka sukar mendapatkan tidur yang cukup. Kekurangan rehat menjadikan mereka mudah melenting, walaupun atas perkara-perkara remeh.

Selain itu, perjalanan sepanjang 9 bulan kehamilan mengandungkan bayi tentunya menjadikan wanita berasa teruja, gembira, dan pada masa yang sama gementar serta takut mengenangkan detik-detik kelahiran. Sebab itulah susah hendak menjangkakan ‘angin’ isteri anda.

TIPS MENGAWAL ‘MOOD SWING’ PASANGAN ANDA

1. CUBA FAHAMI PROSES KEHAMILAN
Dengan membaca lebih banyak artikel tentang kehamilan, kelahiran bayi, dan keibubapaan, anda dapat menambahkan pengetahuan tentang proses yang bakal dilalui anda berdua. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa anda mengambil berat terhadap kehamilan pasangan anda.

Kadangkala, wanita rasa terbeban dan tertekan sepanjang kehamilan kerana beranggapan mereka seorang sahaja yang menanggung prosesnya. Melalui pembacaan, anda dapat mengetahui serba sedikit keadaannya dan ilmu inilah yang dapat membantu anda mengawal keadaan.

2. INGATKAN DIRI ANDA BAHAWA IANYA HANYA SEMENTARA
Kebanyakan wanita bukanlahmengalami ‘mood swing’ sepanjang masa. Kalau ada pun, ingatkan diri anda bahawa ianya akan berlaku hanya selama 9 bulan (Insya Allah). Oleh itu, cubalah bersabar dan jangan ambil hati sekiranya mereka mempunyai permintaan yang bukan-bukan.

3. BERSENAM ATAU BERAKTIVITI BERSAMA
Sepanjang kehamilan, mungkin ramai wanita rasa letih dan tidak bermaya. Senaman adalah antara cara yang terbaik untuk mengembalikan kecergasan dan keceriaan. Lakukannya bersama supaya pasangan anda berasa lebih bersemangat. Dengan meluangkan waktu, anda berdua juga boleh berbual dan memahami antara satu sama lain.

4. TUNJUKKAN CINTA DAN PENGHARGAAN ANDA KEPADA ISTERI
Belailah pasangan anda, usap perutnya, tunjukkan bahawa anda ambil peduli. Paling kurang, peluklah mereka di saat-saat yang memerlukan. Sesetengah suami berasa janggal untuk melakukan semua ini. Yalah, lelaki biasanya agak ‘keras’ sedikit. Tetapi percayalah, proses sebegini sebenarnya membantu anda bersiap sedia untuk alam kebapaan.

5. JAGA PEMAKANAN ISTERI ANDA
Ini memang penting. Pengambilan diet yang sesuai mampu mempengaruhi mood mereka. jauhkan mereka daripada makanan rapu dan makanan yang tidak berkhasiat. Jadi, janganlah makanan begini di hadapan mereka, ya! Cuba dorong mereka untuk melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

Seperkara lagi, sekiranya anda merokok seboleh-bolehnya janganlah lakukannya dalam kehadiran mereka. Anda tentu tahu bahawa ianya amat buruk untuk kesihatan bayi, bukan?

Kadang-kadang mereka mengidam yang pelik-pelik. Tengah-tengah malam minta durian. Aduh… Mana nak cari? Satu tips yang diharap membantu – jika anda menunjukkan usaha untuk mendapatkannya, ianya mungkin cukup menggembirakannya walaupun balik dengan tangan kosong.

6. SOLAT JEMAAH
Bagi pasangan Muslim, dekatkanlah diri anda dengan Tuhan. Melalui solat, pelbagai perkara dapat diselesaikan tanpa kata-kata. Mintalah doa dan keberkatan atas kehamilan ini. Walaupun ada hari yang sukar, anda berdua pasti akan dapat mengharunginya bersama.

BERTOLAK ANSUR ANTARA PASANGAN
Semoga anda berdua mampu menghadapi fasa kehamilan dengan tenang. Walau apa pun, ketahuilah bahawa isteri anda amat memerlukan sokongan anda untuk melalui 9 bulan tersebut. Malah, anda mungkin saja mentertawakan segala pengalaman yang menjengkelkan.

Semuanya bakal berlalu bagai memori indah untuk anda berdua!

CANTIK 10 Cara Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!CARA JAGA MUKAWajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda keliha...
16/03/2018

CANTIK 10 Cara Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!

CARA JAGA MUKA
Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

>>> Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman

Mengapa Bila Berhenti Pakai Produk Muka, Muka Kembali Naik Jerawat Teruk P**a?Semua orang nak cantik.Jadi, bagi mereka y...
15/03/2018

Mengapa Bila Berhenti Pakai Produk Muka, Muka Kembali Naik Jerawat Teruk P**a?

Semua orang nak cantik.

Jadi, bagi mereka yang mengalami masalah kulit wajah, pasti tercari-cari jalan untuk merawat masalah kulit mukanya secepat yang boleh.

Mana mungkin bila melihat wajah di cermin, semakin hari, semakin banyak jerawat yang naik memeriahkan kulit wajah yang dulunya gebu dan berseri?

Pertamanya, saya tidak akan bercakap kosong, kerana saya sendiri mengalami kisah ngeri berkenaan dengan kulit muka. Taksanggup nak ceritakan semula di sini, bacalah terus di perkongsian saya ini.

Kisah Sedih Jerawat dan Parut Jerawat di Wajah Kekal Dipulihkan Dengan Produk yang Selamat

Semua emosi pernah saya rasa. Sedih, geram, rendah diri, risau, hinggalah kepada usaha mencari-cari produk yang sesuai untuk mengatasi masalah yang menggugat hati saya ini.

Bila telah berjumpa produk yang sesuai, mengamalkannya dan sampai satu masa akan berhenti menggunakannya.

Persoalannya,

“Mengapa bila berhenti pakai produk muka, muka kembali naik jerawat yang teruk p**a?”

Jawapannya telah ditemui dari ulasan Dr Haseenah Hassan melalui ruangan Kesihatan dari Mingguan Malaysia mengenai ciri-ciri produk pemutih dan kosmetik yang mengandungi merkuri.

Menurut beliau, sekiranya pengguna mula menghentikan pengambilan sesuatu produk muka, dan mukanya kembali naik jerawat dengan lebih teruk, produk tersebut mengandungi racun merkuri yang membahayakan!

Jom kita lihat apakah ciri-ciri produk pemutih dan kosmetik yang mengandungi merkuri :

1 - Warna krim lebih terang dan menyerlah
2 - Bau krim agak kuat dan menyengat
3 - Krim pemutih yang mengandungi merkuri menyebabkan kulit
wajah menjadi lebih berkilat

4 - Kulit muka menjadi putih, biasanya putih pucat
5 - Krim memiliki tekstur kasar, berbiji-biji dan bergumpal
6 - Memutihkan kulit dalam waktu yang sangat singkat (kurang
seminggu)
7 - Tidak timbul jerawat. Ini disebabkan lapisan epidermis kulit
telah rosak dan kulit sudah tidak lagi mengandungi protein
dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari
sinaran matahari.
8 - Pada pemakaian awal prosuk menyebabkan iritasi pada kulit,
merah-kemerahan dan rasa terbakar bila terkena cahaya
matahari.

Jadi, jika muka anda menjadi sangat cantik dan tidak langsung ditumbuhi jerawat, namun kembali naik jerawat setelah berhenti menggunakan produk tersebut, ia berkenaan dengan kerosakan lapisan kulit akibat dari penggunaan racun merkuri ini.

Muka menjadi licin kerana bakteria tidak dapat hidup di atas lapisan kulit yang telah mengalami kerosakan akibat merkuri ini.

Muka menjadi licin kerana bakteria tidak dapat hidup di atas lapisan kulit yang telah mengalami kerosakan akibat merkuri ini.

BAHAYA MERKURI Pada Produk Pemutihan dan Kecantikan Kulit :
Pengguna akan merasa kesan cantik dengan cepat dan berkesan namun mempunyai kesan sampingan yang amat membahayakan.

Logam Merkuri yang terkandung dalam produk tersebut akan meresap masuk ke dalam sel tubuh, merosakkan sel serta organ seperti buah pinggang dan sistem saraf kita sendiri!

Selain Merkuri, “hidrokuinon” juga antara bahan yang digunakan dalam produk kecantikan di pasaran kita. Bahan hidrokuinon p**a hanya boleh digunakan dalam tempoh ENAM BULAN saja kerana penggunaan yang berterusan akan menyebabkan kesan berbalik yang semakin teruk.



Apakah solusi yang boleh diambil sekiranya pengguna telah terjerat dalam masalah penggunaan produk beracun ini?

1.Berhenti dari menggunakan produk kecantikan tersebut.

2. Rehatkan kulit wajah yang rosak selama yang mungkin dan bertukarlah kepada produk yang lebih selamat dan semulajadi.

Address

Kepala Batas

Telephone

01126922123

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fyranz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Fyranz:

Share