05/05/2026
TIGA JENIS SUAMI
bila isteri suruh beli barang dapur 😂
Sebelum kita sembang pelamin mewah, jom sembang benda yang buat rumah tangga tahan lama dulu.
TIGA JENIS PERANGAI LELAKI
SITUASI 1 – Si Literal
Wife: Abang, tolong belikan roti Gardenia Wholemeal. Yang warna hijau.
Husband: Okay.
(Sampai kedai, roti hijau habis)
Balik rumah tangan kosong.
Husband: Tak ada. Kang beli lain salah pulak.
Wife: Halaa.. beli je lah yang lain, boleh je makan!
SITUASI 2 – Si Robot
Wife: Tolong belikan bawang 5 biji.
Husband: Cun.
Balik rumah bawa betul-betul 5 biji, kecik-kecik.
Wife: Lah 5 biji je?
Husband: Yelah, tadi cakap 5. Nak lagi saya pergi balik.
SITUASI 3 – Si Overthinking
Wife: Tolong belikan cili padi dengan daun bawang ya.
Husband: Beres.
Balik rumah bawa satu pasar — cili hijau, cili merah, daun sup, daun kucai, daun ketumbar semua ada.
Husband: Ala.. awak pilih lah mana nak pakai. Risau tersalah beli.
HAHAHA suami korang jenis mana? 1, 2 atau 3?
Apa pun, hormati suami. Dan wahai isteri, lain kali cakap biar terang. Sebab syurga isteri tu pada redha suami.
Ini bukan pasal roti je. Masa plan kahwin nanti pun sama — kalau brief tak jelas dengan vendor, dengan pasangan, dengan keluarga, memang akan jadi macam situasi roti hijau ni.
Terima kasih kerana membaca sampai habis 😊
Abam Ak
Executive Wedding Planner