28/09/2025
2018 – 2025 ❤️
7 tahun yang penuh dengan tawa, riuh rendah, tangisan kecil & detik manis yang tak ternilai. Dari hari pertama kami buka pintu, kami melihat anak-anak membesar di sini, belajar, bermain dan mencipta memori. Aisha Kidz Planet BBB bukan sekadar sebuah playground, ia adalah rumah kedua, tempat di mana keluarga datang bersama dan hati kami dipenuhi dengan kegembiraan setiap hari.
Terima kasih kerana menjadikan tempat kecil kami ini hidup dengan cinta, sokongan & gelak tawa sepanjang 7 tahun ini. Setiap pelukan, setiap senyuman, setiap ‘bye’ di hujung hari akan sentiasa kami ingat.
Perpisahan ini memang berat, tapi kenangan 7 tahun ini akan terus hidup dalam hati kami, selamanya 💛