Qurban Perdana

Qurban Perdana BHD.)

� TEMPAT SEMBELIHAN - dan BILIK SEJUK BEKU
����������������

�KLPK (KUMPULAN LADANG PERBADANAN KEDAH SDN. BHD.)

QURBAN PERDANA
PEDULI ASNAF 2021

Penganjur bersama :
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA - YADIM
YAYASAN MUJAMMA' DARUL HADIS MALAYSIA - YAMDAH
(Di Bawah Pemerbadanan Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia JPM) MEMPROMOSIKAN & MENAWARKAN KHIDMAT :
����������������

� SEMBELIHAN PATUH SYARIAH
� IKUT SOP/PKP
� KEBENARAN PIHAK PIHAK BERWAJIB
� AGIHAN KEPADA ASNAF SEMPENA IDUL ADHA TERUTAMA DI KEDAH

BILIK SIMPANAN SEJUK BEKU KEPADA MANA MANA PIHAK YANG BERHAJAT (DENGAN KOS).
�PENGHANTARAN KE SELURUH MSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK (DENGAN KOS).

� Penganjur :
Sekretariat Ibadah Qurban Perdana 2021
IQP'21

� Dengan Kerjasama :
YAYASAN MUJAMMA' DARUL HADIS MALAYSIA
(No. Pemerbadanan Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia JPM - PPAB-36/2015)

� Pembekal Lembu :
�������
�HALBEST SOLUTION
�AMD AGRO FARM
�KLPK (KUMPULAN LADANG PERBADANAN KEDAH SDN. Sembelihan Manual & Penyimpanan Sejuk Beku


� URUSETIA SEMBELIHAN
���������

� YAYASAN AMAL MSIA CAWANGAN KEDAH

� PERTUBUHAN BRIGED AL ANSAR

�URUSETIA AGIHAN
�������

� KELANA (AMAL) MALAYSIA

PKP BERLARUTAN, BERTAMBAH KESUSAHAN'Sumber Pendapatan Terjejas''Bekalan Makanan Berkurangan''Makin Ramai Dilanda Kesusah...
29/06/2021

PKP BERLARUTAN, BERTAMBAH KESUSAHAN

'Sumber Pendapatan Terjejas'
'Bekalan Makanan Berkurangan'
'Makin Ramai Dilanda Kesusahan'

Semakin ramai yang ditimpa kesusahan.

YADIM tidak akan berhenti memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sumbangan. Oleh itu, YADIM ingin menyeru orang ramai untuk sama sama menyertai

"PROGRAM IBADAH KORBAN PERDANA YADIM 2021"

Program ini diadakan dengan kerjasama MyFundAction dan Yayasan Mujamma' Darul Hadis Malaysia (YAMDAH) yang mempunyai pengalaman luas dan dipercayai dalam melaksanakan ibadah korban.

KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM IBADAH KORBAN PERDANA YADIM 2021

1. 70% daging akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf, frontliners dan sebagainya.

2. Kaedah Pemprosesan yang inovasi tinggi "RETORT" yang menyebabkan daging mampu bertahan sehingga 2 tahun.

3. Dana caruman akan juga digunakan untuk aktiviti kebajikan dalam membantu masyarakat mehadapai pandemik COVID-19

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)

Tanggungajawab kita adalah membantu, Tanamkan rasa simpati dalam jiwa untuk mereka yang memerlukan kita.

Sebarang pertanyaan boleh klik link berikut👇

www.wasap.my/60103422754/SayaNakBerkorban

Sertai Program Ibadah Qurban Perdana 2021[ IQP'21 ]Sekretariat IQP'21 mensasarkan agihan daging kepada 100,000 pada tahu...
31/05/2021

Sertai Program Ibadah Qurban Perdana 2021[ IQP'21 ]

Sekretariat IQP'21 mensasarkan agihan daging kepada 100,000 pada tahun ini.

Sembelihan akan diproses di Pusat Sembelihan Berpusat di Ladang KLPK dan disediakan kemudahan Bilik Sejuk simpanan daging yang mempunyai kapasiti 500 ekor sembelihan dalam 1 masa.

Beberapa rakan NGO akan bekerjasama dan menyertai proses agihan daging sehingga sampai kepada Asnaf sasaran.

Sila klik button Massanger atau tinggalkan mesej di ruang komen untuk tindakan dari pihak sekretariat.

PRAKTIKAL SEMBELIHAN QURBAN
25/05/2021

PRAKTIKAL SEMBELIHAN QURBAN

Ibadah korban adalah ibadah sunat yang dituntut oleh agama Islam. Ianya dilakukan dengan menyembelih ternakan korban pada Hari Raya Aidil ...

KAEDAH SEMBELIHAN BINATANG
25/05/2021

KAEDAH SEMBELIHAN BINATANG

QURBANPengertiannyaQurban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri. Qurban ini bertujuan untu...
25/05/2021

QURBAN

Pengertiannya

Qurban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri. Qurban ini bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pada Hari Raya Qurban.

Dalil Pensyariatan
Dalil pensyariatannya ialah firman Allah SWT:
Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah al-Kautsar: 2)

Maksud sembelih dalam ayat tersebut menurut pendapat yang paling sahih ialah sembelihan qurban.

Dalil hadith p**a ialah:
Maksudnya: "Nabi SAW menyembelih dua ekor kibasy putih yang bertanduk besar sebagai qurban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibasy tersebut". Riwayat al-Bukhari (5245) dan Muslim (1966)

Hikmah Pensyariatan
Qurban ialah ibadat. Setiap qurban yang dilakukan kerana ibadat mempunyai hikmah dan faedah selain daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Hal ini samalah dengan ibadat-ibadat yang lain.

Hikmah yang paling jelas dan tinggi nilainya tentang qurban adalah untuk menghayati samangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS, iaitu ketika Allah SWT menguji Baginda supaya menyembelih anaknya. Kemudian Allah SWT menebusnya dengan seekor kibasy yang diturunkan-Nya dan memerintahkan Baginda menyembelihnya. Peristiwa ini berlaku setelah Nabi Ibrahim AS dan anaknya berusaha bersama-sama melaksanakan perintah Allah SWT.

Di samping hikmah tersebut, ibadat qurban juga menolong orang fakir dan orang yang berhajat serta menggembirakan mereka, anak isteri dan keluarga pada hari raya. Seterusnya dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat Islam dan menanamkan semangat hidup berjemaah serta berkasih sayang.

Hukum Qurban
Hukum Qurban ialah sunat muakkad tetapi kadangkala menjadi wajib dengan dua sebab:

Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya yang boleh dijadikan qurban sambil berkata: Inilah qurbanku atau Aku akan qurbankan kambing ini. Dengan itu dia wajiblah melakukannya.

Kedua: Apabila seseorang berazam hendak melakukan qurban untuk mendampingkan diri kepada Allah dengan berkata: Aku mewajibkan diriku berqurban kerana Allah. Lantas menjadi wajib kepadanya melaksanakan qurban itu. Hal ini samalah jika dia mewajibkan dirinya melakukan sebarang ibadat-ibadat sunat kerana ketika itu ia telah menjadi nazar.

Orang yang Dituntut Berqurban
Sunat berqurban bagi orang-orang yang cukup syarat-syarat berikut:
Pertama: Islam.
Tidak dituntut berqurban bagi orang yang bukan Islam.

Kedua: Baligh dan berakal.
Orang yang belum baligh dan tidak berakal tidak sunat berqurban kerana tidak mukallaf.

Ketiga: Berkemampuan.
Maksud berkemampuan ialah seseorang yang mempunyai harta atau wang melebihi perbelanjaan untuk dirinya sendiri dan mereka di bawah tanggungannya, sama ada makan, pakaian dan tempat tinggal pada sepanjang hari hari raya dan hari Tasyriq.

Binatang yang Disyariatkan Untuk Qurban
Qurban hanya sah dengan unta, lembu kambing dan biri-biri.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih qurban (atau lain-lainnya supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang disembelih itu. (Surah al-Haj: 34)

Tidak terdapat hadith Nabi SAW atau kata-kata sahabat yang menunjukkan bahawa yang dijadikan qurban selain daripada binatang-binatang tersebut.

Binatang yang afdhal dijadikan qurban ialah unta, diikuti lembu dan kambing. Harus berqurban dengan seekor unta jantan atau betina atau lembu untuk tujuh orang.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir RA katanya:
Maksudnya: "Kami berqurban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan seekor unta untuk 7 orang dan seekor lembu untuk tujuh orang". Riwayat Muslim (1318)

Syarat Binatang Qurban
Umur: Umur unta yang hendak diqurban disyaratkan masuk tahun keenam. Umur lembu dan kambing telah masuk tahun ketiga, manakala umur biri-biri p**a telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Biri-biri yang paling balk dibuat qurban ialah yang berumur 8 ke 9 bulan".

Tidak cacat: Ketiga-tiga jenis binatang qurban tersebut tidak cacat yang menyebabkan kurang dagingnya. Oleh itu, tidak sah qurban kambing yang terlalu kurus, sangat tempang, buta sebelah mata, berpenyakit atau putus sebahagian telinganya.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada al-Barra' bin Azib RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "4 perkara yang menyebabkan binatang tidak sah dijadikan qurban ialah binatang yang jelas buta sebelah matanya, penyakit yang nyata, jelas tempangnya, dan terlalu kurus hingga menampakkan tulang". Riwayat al-Tirmizi (1497) dan Abu Daud (2802) -

Setiap perkara yang menyebabkan binatang itu kurus dan kurang dagingnya hendaklah diqiaskan kepada kempat-empat kecacatan tersebut.

Waktu Qurban
Waktu qurban bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Qurban, iaitu sekadar tempoh masa dua rakaat solat sunat hari raya dan dua khutbah. Waktu tersebut berterusan sehingga matahari terbenam pada hari tasyriq yang akhir. Harri tasyriq ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Waktu yang afdhal menyembelih binatang qurban ialah setelah selesai solat sunat hari raya.

Hal ini berdasarkan hadith:
Maksudnya: "Perkara pertama yang kami lakukan pada hari raya ini ialah bersolat kemudian balik dan menyembelih binatang qurban. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut mereka telah melaksanakan sunnah kami dan sesiap yang melaksanakannya sebelum itu maka dagingnya adalah pemberian biasa kepada ahli keluarganya dan tidak dikira ibadat qurban". Riwayat al-Bukhari (5225)

Dalil hadith yang lain ialah, daripada Jubair bin Mut'im RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Dan setiap hari tasyriq adalah waktu untuk sembelihan qurban". Riwayat Ibn Hibban (1008)

Agihan Daging Qurban
Jika qurban wajib, sama ada kerana qurban nazar atau qurban binatang yang telah diisyaratkannya seperti yang dijelaskan, ia tidak harus digunakan oleh orang yang berqurban dan mereka yang di bawah tanggungannya. Mereka yang memakannya hendaklah menggantikannya atau membayar nilai.

Jika qurban sunat, harus bagi orang yang berqurban makan daging qurban yang dikehendakinya dengan syarat disedekahkan sebahagiannya. Tetapi yang afdhalnya ialah dia makan sedikit untuk mendapat keberkatan dan selebihnya disedekahkan. Dia juga boleh makan 1/3 bahagian, menyedekahkan 1/3 bahagian kepada orang fakir dan 1/3 bahagian lagi dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran tetangganya sekalupun mereka kaya. Akan tetapi mereka yang kaya tidak tidak boleh menjualnya kerana pemberian qurban itu sebagai hadiah untuk dimakan. Sementara daging yang disedekahkan kepada orang fakir telah menjadi hak miliknya. Dia boleh makan atau melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Hal ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. (Surah al-Haj: 36)

Orang yang berqurban boleh menyedekahkan kulit binatang qurbannya atau mengambil manfaatnya, tetapi tidak harus menjualnya atau diberi kepada penyembelih sebagai upah menyembelih. Ini kerana perbuatan demikian adalah kecacatan yang merosakkan qurbannya.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Sesiapa yang menjual kulit binatang qurbannya, tidak sempurna qurbannya". Riwayat al-Baihaqi (9/294)

Sunat dan Adab Berqurban
Apabila tibanya 10 Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan sembelihan qurban, sunat baginya supaya tidak menghilangkan bulunya seperti rambut, janggut, misai dan lain-lain dan kukunya sehingga dilakukan penyembelihan. Oleh itu hendaklah menjaga kedua-duanya dengan baik.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Nabi SAW bersabda:
Maksudnya : "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan antara kamu ada yang hendak melakukan ibadat qurban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya". Riwayat Muslim (1977)

Orang yang berqurban, sunat menyembelihnya sendiri. Jika tidak dapat membuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia menyaksikan penyembelihan tersebut.

Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah R.Anha:
Maksudnya: "Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan qurban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang teerdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adakah khas untuk kita Ahlil Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan untuk orang Islam seluruhnya". Riwayat al-Hakim (4/222) dengan sanad yang sahih

Sunat bagi pemerintah atau pemimpin orang Islam menggunakan wang Baitul Mal untuk melakukan ibadat qurban bagi pihak rakyat Islam.

Hal ini berdasarkan hadith:
Maksudnya: "Nabi SAW menyembelih seekor kibasy untuk qurban sambil membaca: Bismillah Ya Allah! Terimalah qurban daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad". Riwayat Muslim (1967)

Baginda melakukan sembelihan itu di kawasan lapang di tempat orang ramai berkumpul mendirikan solat sunat hari raya. Sembelihan itu dilakukan oleh Baginda sendiri.

Hal ini jelas dalam hadith, daripada Ibn Umar RA katanya:
Maksudnya: "Rasulullah SAW telah menyembelih binatang qurban di kawasan lapang tempat bersolat". Riwayat al-Bukhari (5232)

AIDIL ADHA DAN KISAH PENGORBANAN“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang...
25/05/2021

AIDIL ADHA DAN KISAH PENGORBANAN

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha p**a adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpinya Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail. Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya : Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menjunjung perintah ALLAH itu, Maka Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.

Maka nabi ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri p**a adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

KELEBIHAN IBADAH QURBANOrang yang menunaikan Ibadah Qurban dikasihi Allah SWT dan akan mendapat banyak Fadhilat dan Kele...
25/05/2021

KELEBIHAN IBADAH QURBAN

Orang yang menunaikan Ibadah Qurban dikasihi Allah SWT dan akan mendapat banyak Fadhilat dan Kelebihan yang dijanjikan Rasulullah SAW..

1. Keampunan.

Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.

‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan

Nialaian Kebajikan yg dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.

Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana p**a dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Kemuliaan.

Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Bonus Kenderaan Di Akhirat.

Dengan melaksanakan Ibadah Qurban akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak p**a darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Lembu Baka KK yang cukup umur dibuka untuk jualan. Boleh hubungi kami untuk diatur temujanji sesi lawatan. Sila hubungi ...
25/05/2021

Lembu Baka KK yang cukup umur dibuka untuk jualan. Boleh hubungi kami untuk diatur temujanji sesi lawatan. Sila hubungi ☎️013-5300666

25/05/2021

Lembu dari yg ladang kami. Call untuk sesi lawatan.

25/05/2021

Dapatkan Lembu Qurban daripada Sekretariat IQP 2021 dengan harga ladang. Hubungi ☎️ 013 5300 666

25/05/2021

SEKRETARIAT IBADAH QURBAN PERDANA (IQP 21) DENGAN INI MENAWARKAN KHIDMAT :

✅ SEMBELIHAN PATUH SYARIAH

✅ IKUT SOP/PKP

✅ KEBENARAN PIHAK PIHAK BERWAJIB

✅ AGIHAN KEPADA ASNAF SEMPENA IDUL ADHA TERUTAMA DI KEDAH

✅ BILIK SIMPANAN SEJUK BEKU KEPADA MANA MANA PIHAK YANG BERHAJAT (DENGAN KOS).

✅PENGHANTARAN KE SELURUH MSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK (DENGAN KOS).

Sila berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut. Klik link Wahtsapp di bawah :

Address

Yayasan Mujamma' Darul Hadis Malaysia, No 66, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Alor Setar
05050

Telephone

+60123430113

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qurban Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Qurban Perdana:

Share