Metuk Ulau Underground Voices merupakan sebuah distro, label serta webzine yang telah diusahakan oleh Adi Herman sejak tahun 2008. Di peringkat permulaan, entiti ini hanya beroperasi secara kecilan sahaja di mana ianya hanya memfokuskan pada penjualan barangan secara atas talian. Pada asalnya ianya cuma bergerak sebagai distro sahaja dan banyak melakukan urusniaga melalui laman blog iaitu www.metu
kulau.blogspot.com namun pada tahun tahun 2014, Metuk Ulau Underground Voices telah berjaya mengeluarkan split EP berjudul "Vaiehell Beheading Ritual" yang menampilkan 2 buah band dari Bintulu iaitu Erectus (eastern death metal) dan Curse Of God (black metal). Pada tahun 2015 pula menyaksikan label ini menghasilkan sebuah lagi rilisan iaitu CD demo band grindcore yang juga berasal dari Bintulu iaitu Tahi Suci. Pihak Metuk Ulau Underground Voices juga pernah mengeluarkan t-shirt edisi terhad untuk band ini pada tahun 2017. Metuk Ulau Underground Voices juga aktif mengikuti sebarang gig yang diadakan di dalam Sarawak. Pelbagai barangan yang disediakan untuk dijual kepada peminat muzik ekstrim seperti fanzines, CD band tempatan serta antarabangsa, t-shirt, patches, sticker dan banyak lagi. Metuk Ulau Underground Voices juga dapat dihubungi melalui page facebook serta instagram. Melalui saluran laman sosial tersebut, anda dapat melihat pelbagai produk yang disediakan. Kebanyakan produk yang diketengahkan adalah dari band-band tempatan.